18.11.11

Uninterested, perhaps

"Kenapa sekarang aku dah jarang nampak kau?"
"Ke mana?"


"Aku ada"


"Tapi tak ada pun?"
"Ada, cuma kau yang tak nampak"

Dua-dua diam.
Lama pulak diamnya.

"Kau dah tak punya sayang pada aku?"
"Masih ada"
"Tapi kau dah jarang aku nampak, kenapa?"
"Itu masalahnya"

Para blur. Para tak faham. Apa kena minah ni?

"Kau selalu datang sini? Macam dulu. Tengok lantern floating on the night sky."
Para diam. "Tak. Dah lama sangat aku tak ke sini"

Mata Pari masih enak menjamah lantern-lantern yang terapung di angkasa. Tapi satu dah hilang. Senyumannya. Senyuman yang menghiasi wajah comelnya. Yang ada, mata yang penuh teka-teki, mata yang penuh rahsia, mata yang penuh kesedihan.

Tiba-tiba, Pari bersuara setelah sekian lama berdiam diri.
"Tiap-tiap malam aku datang sini"
"Tiap-tiap malam aku menunggu di sini"
"Tiap-tiap masa aku doa di sini"
"Tapi tak ada. Aku syok sendiri je"

Masih berputar-belit perkara yang Pari mahu Para tahu. Para, wake up!

"Tapi aku masih kat sini. Masih menunggu dan berdoa. Masih"
Ada senyum kecil, tapi sekejap. Mungkin sudah lama dia tidak menghiasi wajahnya dengan senyuman. Banyak yang aku dah ketinggalan. Kenapa Pari sedih?

Keadaan sepi. Dua orang manusia, senyap lagi.

"Aku dah lama tak datang sini. Dah tak ingat bila last time aku datang sini."
"Hm.."

Satu keluhan, dan berfikir sambil pandang lantern. Apa aku orang yang selalu dia tunggu? Apa aku orang yang selalu dia doakan?


"Kenapa kau lupa aku, Para?"
"Bila?"
"Kau tahu bila"
"Hmm" 
"Kau tunggu aku?"
Menitik air mata wanita. Menitik lagi, terus laju. Tapi di biarkan saja membasahi pipi, membasahi malam itu.

"Aku tak patut tunggu kau, macam sekarang"
"Tapi.. aku tunggu walaupun aku tahu sekilas pun kau tak nampak aku
macam mana aku nampak kau"

.
.
.

(bersambung...)