29.11.11

Secret Lake,


Ada satu tasik rahsia.
"Hello, awak kat mana?"
"Tasik" 
"Buat apa?"
"Rahsia"

Hari-hari dia pergi tasik rahsia. Bila di tanya, rahsia jugak. Pelik.

Hari ke sembilan belas,
"Sayang, esok awak free?"
"Free! Kenape? Nak ajak saya pergi shopping ek?"
Dia hanya mampu tersenyum dan geleng kepala.

Hari ke dua puluh,
"Sayang! Jum!"
"Eh, pergi kemana?"
"Shopping"

Aku dah happy. Huray huray gembira. Dia hanya tersenyum. Nampak bahagia sangat. Aku.. Pelik. Nak pergi shopping pun bahagia. Eh, pelik. Dalam kereta, dia pegang tanganku, di ciumnya. Hangat. Aku dapat rasa lain.


"Sayang, tutup mata awak boleh?" 
"Aaaa kenapa? Ok, saya tutup mata"
"Jangan bukak tau, Sayang"
"Iye" Aku senyum. Aku tahu ada kejutan. Tapi apa?

Di bawa aku ke satu tempat. Aku dapat bau udara segar. Rasa ringan. Rasa macam nak terbang. Tempat apa ni?
"Sayang, dekat mana ni?"
Dia tak jawab. Dia hanya cium tanganku berkali kali.

Ikatan mata di buka. Aku terkejut. Satu tasik cantik. Yang di hiasi ringkas. Ada balloons, ada lanterns, ada lampu. Ada satu meja, alas meja warna putih ada bunga ungu lavendar. Ada dua candles, ada nasik putih dengan ayam masak kicap. Aku tersenyum, pipi pink!

Di tarik kerusi satu kerusi, "Sila duduk tuan puteri" 
Dengan malu malu, aku duduk. Lalu di capai gitar dan dendangkan lagu I'm Yours. Weh, aku malu lah macam ni. Kau ni sayang. Romantisnya.

Habis lagu, dia duduk di depan ku. Aku pandangnya dengan penuh cinta. Bertelepati.
"Kau hebat, cintahati"
"Aku cinta kau"
"Macam mana kau boleh buat semua ni?"
"Rahsia"

Dengan ayam masak kicapnya, sambal tumisnya, candlesnya, lanternsnya. Banyak yang kena buat ni.
"Kenapa tiba-tiba?"
"Sebab hari ni kita dah 200 tahun sayang"






Cinta. Ada apa dengan cinta? (senyum panjang)