25.10.11

Sabar sayang, kejap saja lagi

Semakin meruntun
aku dah tak larat ni
sambut aku, datang pada aku
cepat


Semakin tak menentu
mana arah aku sekarang
mana aku mahu duduk sekarang


Petir guruh selalu kuat
jauh di sudut sana, ada aku
kenapa? Jangan menyalak kuat sangat


Detik masa berdenting,
kuat
kebas badan aku rasa
kurang, kurang segala nutrisi makanan


Pandangan aku lempar pada kau,
datang sini,
sini..
Oksigen sekeliling aku, yang monopolinya karbon dioxide


Aku tunggu ni,
datang ya..