13.10.11

Rose ,

Tangan aku menggigil
Ada yang tak kena ni; ada yang tak kena
"Cuba tarik nafas, lepas. Where's your good breathing?"


"Aku dah cacat".
"Kaki aku dah tak berguna. Langsung".

Sejak dua tahun lepas, lepas kemalangan ngeri tu, Yun diam. Diamnya hanya dia tahu kenapa. Diamnya ada seribu erti.

Orangnya manja. Yun macam kanak-kanak riang dahulu; sebelum kedua kakinya lumpuh. Sekarang, dia hanya diam dan diam. Bila di tanya, tak di jawab. Tak tahu kenapa. Hari-harinya sekarang mengadap koridor. Kadang-kadang dia menangis sampai teresak-esak. Kadang-kadang dia menulis sesuatu dalam buku kegemarannya. Kadang-kadang Yun tertidur sambil bertemankan lagu Westlife.


"Macam mana aku nak jaga kau lagi Yin?"
"Aku dah cacat"
(menangis)
"Siapa suka pada orang cacat?"

Yin. Seorang lelaki yang tak pernah aku dengar dia mengeluh. Ajaib lelaki ini. Angel barangkali. Setiap paginya, di mandikan Yun. Sarapan roti bakar dan kaya untuk pagi mereka, dia yang sediakan. Malam pula, lullaby di nyanyikan untuk Yun.

"Yun, kau kena kuat. Kau tahu kan kita Yin dan Yang"

Hari-hari Yun dan Yin berdoa benda yang sama tapi masing-masing tak tahu mengenainya. Yun takut dia susahkan Yin. Yin takut Yun tak dapat nak girang macam dulu lagi.

"Yin, Yun cacat. Yun mintak maaf."

Sekarang dah 4 tahun Yun cacat. Doktor cakap cacatnya sementara, perlu ada usaha. Perlu kuat semangat. Perlu ada yang memberi dorongan. Dari dulu, orang yang tak lekang bagi dorongan; Yin. Setiap hari, ada saja aktivitas yang dilakukan mereka. Gelak tawa, doa, semangat. Itu semua Tuhan kira. Itu semua Tuhan nampak. Tuhan kasi hadiah pada Yin. Sebab apa?

Sebab Yin tak pernah mengeluh. Yin tak pernah nak cakap "Aku dah taknak kau" pada Yun. Yin baik. Sebab tu Tuhan sayang Yin Tuhan kasi hadiah paling mahal. -- Yun dapat berjalan.












"You raise me up so I can stand on mountains. I'am strong when I am on your shoulders, Yin"