20.10.11

Hitam plain merah,

Satu rumah; kondo
Cantik hiasan dalamanya
Dua orang manusia ni, berkasih, bersayang, bersama.

"Impian I nak satu bilik develop film sendiri" Kata si perempuan

*
*
*

Rumahnya di cat hitam. Tak, bukan seluruh rumah, ada part part yang di cat hitam. Ada yang di cat putih. Langsir plain merah tu di jahit sendiri oleh si perempuan. Ini idea sendiri. Home-made dan idea si lelaki. Dekat sliding door tu, ada koridor. Ada satu meja jepun, "Ini tempat untuk kita makan sambil santai santai" Kata si lelaki.

Television flat screen tu si perempuan pilih. Dia cakap, "I nak yg flat flat punya!" sambil buat muka comel. Oh dengan lilin lilin dekat koridor tu pun si perempuan pilih. "Baru romantik malam-malam kita"

Ada satu bilik kosong. Yelah, penghuninya, cuma dua orang sahaja. Biliknya tiga. Satu bilik pakaian, satu bilik tidur, satu bilik kosong. Satu bilik kosong masih kosong tak ada apa apa lagi. Si lelaki tiba-tiba mahu jadikan bilik itu sebagai "bilik gelap". Maksudnya, bilik develop film.

*
*

"I ada outstation 2 hari dekat Singapura. I kena tinggalkan You kejap. Boleh?" Rengek si perempuan
Sambil senyum, dahi si perempuan di cium. "Boleh.. Be safe. I mean, extra safe okay?"
"Sorry I tak dapat teman."

Dua hari tanpa si perempuan, si lelaki bersusah payah siapkan "bilik gelap".

Semua tingkap di tutup rapat dan di letak tinted hitam mati. Supaya kedap cahaya dan bebas dari debu. Dindingnya di cat hitam jugak. Ada rak bertingkat-tingkat untuk koleksi lomo kamera mereka. Segala kelengkap seperti alat pembesar gambar (enlarger) , radas , tank untuk develop film , dulang merendam kertas gambar , silender bahan-bahan kimia , alat bantuan (thermometer, penyepit untuk kertas gambar, gunting, cutter, sabun basuh), pengering film (film dryer), pengering kertas gambar (photo dryer), lampunya warna merah/kuning (safelight), kertas cetak gambar.

Bahan-bahan kimia which are D76 untuk film, D163 untuk kertas foto, Acitic acid untuk film dan kertas foto   dan Sodium Tyosulfid untuk kertas foto dan film

Yang paling penting, tempat nak gantung gambar lepas cuci nanti. Itu penting. Siap ada sepit lagi! Ah! Cantik! Lastly, satu bingkai gambar kami berdua, aku gantung dekat dinding cat hitam.

"Nasib baik aku punya pengetahuan dalam pemrosesan film ini sikit sikit." Monolog si lelaki.

Cukup dua hari.
"I got something to show you!"
"Apa?"
"Come back, and I will show you"
"Okay then. See ya!"

Mata si perempuan di tutup dengan handkerchief. "Kenapa ni...?" Tanya si perempuan, ragu
"Kejap... I nak tunjukkan You surprise yang I buatkan"
"1...2...3! Taraaaa!"

"Bilik Gelap" Tag nama bilik gelap depan pintu. Bingung.
"Masuk lah"

Terkejut si perempuan. Bilik develop film yang lengkap dengan semua perkakas, now she got it! Like a magic! "Si pemagic yang suka buatkan I magic eh" Terus di dakap si lelaki.
"Thank you! I mean, big thank you!"



(monolog dalaman)
"Aku tahu kau suka"
"Ye, aku suka. Aku tahu kau suka buat kejutan utk aku"
"Untuk kau senyum, aku suka"
"Terima kasih. Banyak!"
"Aku terima kasih kau"