7.9.11

Bunian,

September7.
"Hari ni, perlu ke hutan. Ada satu tempat menarik untuk aku terokai"
Bersiap semua bagai. Baju kemeja lusuh, seluar skinny dan kasut bertutup Vans yang dibeli 3 tahun lepas. Masih nampak charming. "Hahaha" Denial ketawa sendiri melihat refleksi dirinya di cermin

"Oh nampaknya pagi tadi, gerimis lebat"

Berjalan ke dalam hutan di belakang rumahnya. Ah, dah biasa. Ini tempatnya. Tak akan sesatlah.

"Cik, boleh tolong saya?"
Ada suara perempuan.
Aku berhenti. "Glup". "Suara siapa itu?"

"Zazeni". "Nama saya Zazeni" 
Aku toleh ke belakang. Melihat satu ciptaan Tuhan. Putih. Serba putih. Dari pakaian, sampai lah ke rambutnya. Cantik. Kenapa ada dalam hutan sebegini?

"Kamu, siapa? "Eh, tak" "Macam mana kamu ada di sini?" Aku binggung

*
*

Zazeni.
Aku bagitahu kau, dia sangat cantik bukan? Ya, tapi bila di dekatkan lagi pandangan kau padanya. Satu degup jantung pun kau tak rasa. Yang dapat aku perhatikan. Zazeni suka menyanyi. (tersenyum)
Menyanyinya dalam lenggok irama melayu. Cuba kau bayangkan, hari-hari aku di tayangkan dengan tarian yang di tarikannya. Aku tak pasti tarian apa. Mungkin dari puaknya.

Satu hari,
"Puak kau punya tarian?"
"Aku suka menari" 

"Ada" "Zapin"

Dengan muka yang riang, "Ajarkan Zazeni!"

*
*

Oh, ada aku bagitahu yang aku bawa wanita putih ini ke rumah aku untuk perlindungan. Ye lah, mana tahu dalam hutan ada binatang buas. (tersenyum sendiri)

"Okay.. Hari ni kita mula practice!"
"Practice?"
"Oh. Praktis tu belajar. Dalam bahasa Inggeris"
"Saya tak tahu.. Maaf" Zazeni tersenyum.

Kami mula dari basic. Aku ajar macam mana nak gerakkan badan, kaki dan tangan. Oh ya, aku dulu jurulatih zapin. Anak didikku pasti berjaya! Aku play-kan lagu irama zapin Johor iaitu Zapin Telok.

"Jangan malu-malu okay?"
"Baik Denial"

Satu lenggok, ke satu lenggok. Hari ke hari. Sekarang sudah berdekad aku dengan Zazeni. Kami habiskan masa lapang kami dengan berzapin. Ewah. Dulu, aku nak sangat cerita tentang ini;


"A house. There are two people living together. Having a good time learning beautiful thing; zapin."