28.8.11

Pe-magic,

Celik aku pandang siang hari, letih semalam masih segar. Menangis sepanjang malam, fikirkan apa lagi yang tak cukup. Ntah, mana kurangnya aku pun tak tahu.

Tiba-tiba gerimis di luar. Aku pandang tingkap sambil sambung berfikir. Apa yang Tuhan sudah aturkan untukku ini adil mahupun tidak. Syaitan datang bertandang, lagakya mahu kuasai jiwa fikiran aku. Alhamdulillah, aku tahu siapa Tuhan aku, siapa lagi Maha.

Cuma.. Benda ini buat aku tak habis fikir. Mana datang mula dan mana pula akhirnya, aku juga tak tahu bila masanya.

*
*
*

(satu pesanan ringkas masuk)

"Ree, aku balik esok" - Adin

Adin. Seorang pewira bagi aku. (tersenyum) mungkin pewira untuk aku seorang sahaja. Ada dia, aku rasa aku lah yang utama. Ada dia aku rasa aku lah si puteri bumi. Dia lah yang buat aku rasa, ya. Aku tak perlu risau apa-apa. Aku dah ada Adin.

Selama Adin tak ada di sisi, aku jadi macam orang cacat kaki tangan. Nak buat semua benda, semuanya tak menjadi. Suey. Tapi bila Adin ada, dia macam..ada..kuasa..sakti! (tersenyum lagi)

Lihatlah, aku terumbang ambing. Menangis siang malam. Fikirkan yang aku sendiri pun tak tahu apa yang difikirkan. Hari-hari termenung pandang tingkap. Resah, takut.

"Adin, apa magis yang kau pakai ntah. Sampai angau aku jadinya."

Sekarang, aku dah rasa segala tenang di air. Bibir pun dah pandai ukir senyuman ikhlas. Hati pun dah hilang gundah gelana yang selama ini menjadi teman karib.

"Adin.." I sing your name every single day. Balik cepat, aku tunggu