25.7.11

Hujan Malam Ini ,

Hujan.Langit tak izinkan aku mengadu.

Aku pergi jugak tempat atas sana.Pergi niat nak jumpa langit.Hujannya masih tak lebat.Aku jenis alergik hujan.Kena hujan je, aku demam.Tapi malam ni, aku tak ingat apa-apa.Aku cuma nak jumpa langit.

"Kau jahat.Kenapa turunkan hujan?" Mata dah basah.Esak dah kuat.
"Kau jahat.Kenapa alam ini tak adil?" 

Cara aku cakap dengan Tuhan memang berbeza.Aku tengah datang gila.Aku lupa sebentar siapa pencipta Agung.Mata ini sudah penat menangis, tetapi masih mengalir deras air matanya.

Lama aku berteleku di situ.Guruh makin kuat.Aku.. Aku perlu ke mana?Aku.. Aku takut guruh.

"Kenapa kau ada di sini tanpa aku?" Dengar satu suara dari belakang aku.Aku toleh, terlihat satu tubuh lelaki datang sambil memegang payung.Aku diam.Mata aku hanya mampu mengeluarkan air mata.Apa lah yang sedih sangat.Kadang-kadang diri sendiri bertanyakan soalan yang jawapannya aku juga tidak ada.

Sambil dipayungnya aku, badan aku di peluk. "Hujan guruh ni, siapa suruh kau keluar tanpa aku?" 
Aku masih diam.Masih buntu untuk berkata kata.Hanyak esakkan yang terdengar.. Lagi erat pelukkan yang aku dapat.Lagi tinggi aku letak lelaki ini dalam jiwaku.

Satu kucupan di dahi aku dapat.Makin deras rasanya airmata. "Jangan menangis, sayang.."
Aku sembamkan mukaku di dadanya.Lama.. .Aku tahu ini rumahku.Ini hartaku.Ini milikku.



Tuhan tahu mana betul.Tuhan hantar dia tepat pada masa.Tuhan tak nak aku menangis seorang lagi.Tuhan baik.