22.7.11

Capital M and S ,



Perilakunya, aku faham
Setiap lengok badan, jangan tipu
Walau kau diam, seribu buah fikiran
ada dalam minda kau.

Itu aku cakap;
diamnya dia bukan erti tiada apa apa
diamnya dia, ada benda yang perlu di selesaikan

Kau tahu,
kita hidup berdua
beramai
Andai satu sini tak dapat membantu,
ramainya sana sedia membantu

Tapi..
Satunya di sini tetap ada,
belakang, sisi, depan --
sentiasa ada
Gentarnya jangan. Ya?