29.7.11

7 pagi ,

7 pagi. Masih hujan. Kami di rumah.

"Awak, bangun lah. Dah lewat ni, awak kerja kan hari ni"
"Emmmmm" itu saja yang di dengar. Seth ni kalau nak di ikutkan memang susah nak bangun. Jiji tahu. Jiji biarkan saja sambil tersenyum.

Jiji bangun. Ambil pakaian kerja Seth lalu di gosoknya. Bau Seth masih ada di bajunya. Wangi. Di letakkan di tempat biasa baju yang di gosokkan tu. Jiji pergi ke dapur siapkan sarapan. Roti bakar dengan jem rasberry. Selesai kerja dapur, Jiji naik atas.

"Sayang.. bangun lah" sambil di usap ubun rambut Seth. Kasih sayangnya dah tertumpah begitu banyak pada sang suami.
Mata Seth terbuka sedikit demi sedikit sambil tersenyum. Wajah isterinya menghiasi paginya hari ini. 
"Terima kasih Ya Allah. Kau bagi aku kesempatan untuk hidup di sampingnya lagi" 


Seth baring-baring lagi di paha Jiji. Di tatap wajah sang isteri dengan penuh kasih sayang.
"Saya dah gosok baju awak. Sarapan saya dah buat. Mandi lah, sayang. Nanti sarapan sejuk" kata Jiji manja.
"Ala, kita nak manja dengan puteri kita pun tak boleh" ada bunyi rajuk Seth
keadaan diam seketika. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing terpaku.
"Dah tua pun nak merajukkan.." Pujuk Jiji dengan satu ciuman di dahi Seth. Di saat itu, Jiji dan Seth satu pasangan yang bahagia.

Itu dulu. Dua bulan yang lalu. Sebelum Jiji pergi ke rahmatullah. Sebelum Tuhan ambil Jiji daripada Seth. Sebelum Jiji hembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan Seth.

"Sayang.. Saya rindu awak.." 
Pagi ini. Waktu yang sama. Kondisi yang sama. Jiji tak ada di sebelah Seth. Baju kerja masih di almari, belum di gosok. Dapurnya sudah dua bulan tidak berasap. Seth bingung. Mana pergi isterinya. Lagaknya mahu jauhkan diri daripada realiti.

"Sayang.. Datanglah sini.."
Air mata lelaki jatuh. Jatuh untuk kali ke berapa Seth tidak ambil kira. Biarlah. Hati ini sedih tiada yang mahu memujuk. Selalunya isteri kesayangan yang akan memujuk. Sekarang, dia sendirian.

"Sayang, bila saya pergi nanti awak jangan sedih ya. Awak tak boleh sedih"
Diam. Itu saja yang dapat Seth berikan pada ketika itu.
"Sayang, awak tahu saya sayang awak sampai saat ini. Kan?" Kata Jiji dengan senyuman gembira. Dia tidak mahu suaminya sedih bila tiba masanya.
Seth diam lagi. Di tatap wajah isterinya. "Betapa kuatnya dikau sayang. Setitik air mata tidak pun jatuh di kala ini. Kenapa perlu kau menahan semua sedih, sayang" 


Bantal yang selalu Jiji tidur, dipeluk Seth erat. Air matanya tak henti henti. Masih deras. Masih segar bau Jiji, masih tampak wajah Jiji.

Semua kenangan berdua bertandang satu demi satu. Seth makin hilang tujuan.
Penat menangis, Seth kembali baring. Matanya kembali tutup. dan Jiji datang memujuk.. Sama seperti 7pagi selalu.