5.7.11

11 ,

"Jel sayang, duduk sini ya dengan saya"
Jel diam. enak di buai mimpi dalam dakapan tersayang.

"Jel.."
"Q"

Apa saja konflik hidup Q, Jel lah penyelamat. Jel lah yang ada. Kala Q terjatuh akibat main skateboard hari tu, kakinya patah. Jel orang paling risau. seminggu Q di hospital, seminggu Jel bermalam di hospital.
"Q, kau cakap kau boleh jaga diri kau. tapi.. tengok lah macam mana sekarang ni" Gomel Jel dalam hati.

"Jel, aku sakit perut.." Rungut Q manja.
"kau dah makan?"
"belum.." sambil senyum sumbing pada Jel.
satu cubit kena pada perut Q. "padaaaan"
"jum. pergi makan"

suatu hari dekat kedai mamak.
"nah!"
Q kasi Jel bunga. bunga ros kaler merah.
terkejut Jel. Apahal pulak mamat ni. gila?
11 kuntum bunga ros merah di balut rapi.
"weh, ni aku nak tunjuk contoh. ok tak cara aku kasi bunga ni. aku nak kasi dekat Juwita nanti"
"oh aku terperasan" Jel gomel dalam hati sendiri
"kalau macam tu kau kasi, memang cabut lagi lah Juwita kau tu Q"
"ajarkan aku..please.."

.. "tapi kenapa 11 kuntum?"

Jel ajar Q. Q tekun mendengar. Q tekun belajar. nampak dia sangat bersungguh. tapi.. ada sedikit cemburu. kenapa perlu kasi kepada Juwita?

esoknya,
"Jel, jum teman aku!"
"ke mana?" 
"jumpa Juwita. aku cuak!"
"budak ni. aku dah ajarkan pun, tak reti lagi"
kami pergi ke sebuah restauran mewah. katanya Juwita yang tempah untuk lunch di situ. tak ke pelik Juwita nanti aku ikut sekali. budak Q ni memang tak betul.
"Q, aku tunggu kau dekat luar saja ok. kau pergi masuk sana"

tapi di tangan Q tadi rosnya kaler pink. bukan kaler merah. kenapa? Q ni, tak faham aku. kuntumnya juga dua kuntum saja? mungkin itu lagi special.

sejam Jel tunggu luar. habis saparuh novel "Black Swan" di bacanya. sambil tu iPod memainkan lagu lagu kegemarannya. hati Jel tak menentu. ada sesuatu yang tak dapat di ucapkan. ada sesuatu yang sakit. ada sesuatu yang tak pasti. tapi apa?

"aku nampak Juwita keluar sambil kesat air mata. kenapa? terharu sangat eh?"
"ha'aa"
"ohh.."

mati di situ perbualannya. balik ke rumah masing-masing. Jel tak dapat lelapkan matanya. degup jantungnya sukar di ramal.
"kan aku dah janji akan jaga Q sampai akhir hayat aku"
"aku akan buat dia gembira dan tak akan ada sedikit pun sedih padanya"
"he's everything to me"
"kalau dia suka Juwita.. aku tak boleh halang. kan?"
"kalau itu yang buat dia bahagia, aku kena terima.."

dua bulan. dua bulan Jel dan Q diam. tak berjumpa. tak bertanya khabar. satu hari, Jel naik loteng atas kedai baju. situ tempat Jel dan Q selalu habiskan masa sejak mula mula mereka kenal. banyak kenangan di situ. dinding Lomo yang Jel nak, Q dah siapkan masa Jel merajuk dengan Q dulu.

air mata Jel menitik. "Q.. mana kau?"
Jel mengeluh. Q mungkin bersama Juwita sekarang barangkali.
bunga ros merah 11 kuntum yang dah kering Jel gantung pada dinding kosong. 11 kuntum. apa maksudnya? sayangnya, bunga bunga ni dah kering. Jel menangis lagi.

"Jel.."
itu..suara Q.
"Jel.."
Jel buka mata. itu suara Q. mana?
"Jel.. nah!"
15 kuntum bunga ros merah. dengan satu teady bear besar. sangat besar.
Jel kurang faham.
"kau pergi mana?.. tinggal aku kan sekarang ni.." Jel mula menangis.
terus Q dakap Jel. "aku sayang kau Jel"
"aku pun sayang kau. jangan tinggal aku lagi"
"tak akan"

..
"Q, apa maksud bunga ros yang kau kasi aku ni? dulu 11, hari ni 15?"
"kau ni...!" dahi Jel di tepuk.
"11 kuntum bunga ros itu maksudnya You are my treasured one; the one I love most in my life. yang 15 kuntum ni pulak I am truly sorry, please forgive me"
"kau tak tahu ke Jel?"
"tak" sambil kesat air mata "apa pulak maksud ros pink yang kau bagi Juwita?"
"ish budak ni. itu maksudnya Thank you for being my friend"
"explain me, Q" Jel tak puas hati
"Juwita memang suka aku. tapi aku tak suka dia. aku suka orang lain. sebab tu aku kasi dia ros pink. tanda penghargaan aku pada dia untuk perasaan yang dia ada untuk aku. tapi aku tak dapat nak sayang dia , suka dia" jelas Q panjang
"oh begitu.."

keadaan diam seketika

"kau suka aku Jel?"
"suka"
Jel macam kena sumpahan.
"kau sayang aku Jel?"
"sayang"
tangan Jel digenggam rapat. "kau cinta aku Jel..?"
debaran hati Jel masa tu, Tuhan saja yang tahu "cinta" sambil air matanya jatuh lagi sekali.
Q peluk Jel. peluk yang erat. biar mati yang pisahkan mereka nanti

"kau ni lambat lah Jel. aku dah kasi hint kau buat tak tahu je"
"hehehehe mana lah aku tahu. kau ni nak bermadah pulak"
"baru lah romantik"

..ya, kau romantik Q. aku akui. senyum sediri Jel.

"mulai sekarang, kau aku punya. sampai bila-bila. tau Jel?!"