6.6.11

Sakai ,

Assalamualaikum,

rasa sakit orang main kayu kayu ni, lain dari sakit jatuh motor. aku pernah rasa. jadi aku tahu macam mana peritnya. kau, sebagai Adam di bumi ini, tahu lah siapa kau. tahu lah kenapa kau mendampingi Hawa mu. bukan hanya sekadar senangnya kau nanti. dia tidak mungkin meminta apa apa hanya cuma, mencintainya sebagai mana kau; Adam di cintai. mungkin bukan senang dan mungkin senang. ntah, lain orang lain caranya.

si pengacau, oh aa aku tak tahu nak kasi nickname pada kau. sebab yang ada dalam main characters, Adam dan Hawa. tiba tiba muncul seorang perempuan, yang aku nak panggil betina macam kasar, aku panggil si pengacau. lebih sweet.

"hang dah tau yang laki tu dah ada girlfriend, yang buat tak tau awat? bodo sangat? ka tak belajar? ka hang memang desperate gila babi? aku tau hang cantik. tapi, ada humanity lah sikit. apa Hawa akan rasa bila dia tau hang ada perasaan dekat laki dia. apa apa? habaq mai kat aku. weh, pikiaq sikit lah, perasaan orang lain. oh aku lupa. hang budak sekolah lagi. nak pikiaq habis habis, tak sampai. weh, apa bodo sangat hang ni. sakit hang tau dak. sakit. senang ja cakap imissyou dekat boyfriend orang. senang ja cakap iloveyou dekat boyfriend orang. hang rasa tak apa yang hang cakap tu? ka main redah tak tentu pasai? taktik hang, aku dah boleh baca. lagu tu punya cara, orang buat lama dah. dah tak main dah zaman la ni. awat buat lagu tu si pengacau. awat? aku tau si Adam tu pun gatai duk p mengela dengan hang. tapi hang tu pompuan, bawak pikiaq sikit lah. apa perasaan pompuan bila dia tau hal macam ni. jangan weh, tak baik. mainkan perasaan orang. aku nak nasihatkan hang, tapi aku bukan sapa-sapa. and you're way too much better than myself in physically. aku berani cakap macam ni sebab aku tak pernah buat macam yang hang buat. tak pernah. bila dia tu dah ada pasangan, biaq lah dia dengan pasangan dia. kawan dan hanya kawan. tak payah nak tangkap cin kejadah apa tu semua. kita tau limit kita kat mana.

*tarik nafas*
tengok, aku dah marah. keluar bahasa German. tak puas lagi ni. aku tak tulis. nanti banyak pulak kata kata mencarut dalam ni. aku diam bukan maksud aku tak peduli, aku tak kesah. tak. aku diam sebab aku tahu.. yang kita dah besar. kita boleh fikir baik baik, mana elok mana buruk. mana had, mana sempadan. moga kalian sedar, sedar yang hati bukan barang mainan. hati bukan perkara palsu. yang terlanjur, kau masih boleh pusing balik dari mana kau datang. kau terlalu asing sampai kan orang bertanya "siapa kau?" tapi sayang. kau tak nampak. kau melulu pergi ke hadapan yang kau sendiri tak tahu mana arahnya. hey, ini realiti. ini bumi. tolonglah, tebarkan sedikit sisa kemanusiaan kau. pada sesama kaum kau. aku pinta tolong. kita ingatlah, kita siapa.

kbai.