15.6.11

Khabarkan Pada Dia ,

seorang perempuan. compang camping. comot mukanya. tak terurus. masih lagi berjalan mengutp tin tin kosong di tepi jalan. bak kata orang, kais pagi makan pagi. kais petang makan petang. kalau dulu, perempuan comot ini senang mengalirkan air matanya bila setiap kali dia mengutip tin kosong di tepi jalan. bertanya pada pencipta kenapa harus begini. sekarang, masih orang yang sama. masih mengutip tin tin kosong. masih berpijak di bumi tanah yang rata. cuma, perempuan comot sudah kurang nangisnya. mungkin ini takdirnya. apa lagi yang harus di pertikai, bukan? hari hari, menapak di tepi jalan menunggu tin tin kosong.

cuma, hari ni. ntah kenapa, ada suara kecil yang menghasut supaya jatuhnya air mata perempuan comot. kalah. sekali lagi dia kalah dengan keadaan. seteguh manusia yang kau nampak zahirnya, terduduk di tepi jalan. dengan tangan menekup mukanya. ada tangisan kecil. dia menangis..