5.5.11

Tuhan Omong Dengan Aku ,





aku pergi lawat langit hari ni. aku bawak RedBull sekali.
tenung saja langit, mata aku basah.
aku mula lakar apa yang tak terucap; ada burung-burung datang.
banyak yang datang dalam otak aku masa tu.
kau, mereka, semua.

aku lakar lagi. mata basah lagi.
angin datang pujuk aku. lagi mata aku basah.
burung-burung tu datang, nak jumpa Tuhan jugak; macam aku.
cuma diorang dengki dengan aku."aku datang dulu lah , burung !"

andai langit boleh bicara, mesti dia dah cakap, aku penat dengan kau.
tapi, tak. hadiah Tuhan ni takakanpernah mengeluh macam aku.
masa tu aku teringat, seseorang pernah bagitahu aku "jangan selalu mengeluh"
-- aku ingat. aku ingat.

langit tu ingatkan aku, yang Tuhan dah bagi aku barang paling massive yang dia ada. apa lagi yang kurangnya.
aku kena b e r s y u k u r
"Tuhan , aku bersyukur punya orangorang ini. terima kasih."

lepas aku dah penat tatap langit, aku bangun dan pergi.
jumpa kau lain hari , langit. TQ.