7.5.11

Rocket In My Mind ,

Malam ni aku panjat bukit yang kita selalu pergi tu. Tapi seorang. Aku baring atas permaidani rumput, mata tatap bintang atas. Yang aku nampak sekarang 3 bintang, bila di cantumkan jadi tiga segi. Aku ketawa seorang.

Otak aku ligat ingat balik masa-masa aku mabuk dulu. Kau yang teman aku sampai aku betul-betul berada atas paksi raelity. Kau yang pegang aku masa aku terhuyung-hayang cari punca. Kau tarik tangan aku.

Bawa aku baring dekat tempat sama yang aku baring sekarang ni. Tapi, posisi lain. Aku baring tempat yang kau baring pada malam tu. Aku baring bawah ketiak kau. Sambil cakap, "itu bintang aku". Dan kau sambung , "ini bintang aku" Aku diam. Pandang bintang lagi. Malam tak akan seri tanpa bintangnya.

Aku ulang tanya apa yang kau cakapkan tadi. Dalam kondisi sasau aku itu tapi aku dengar dan terus aku simpan. Cuma, aku mahu dengar lagi dari mulut kau. "Apadia? Awak cakap apa tadi?" Kau senyum. Kau cium pipi aku. Hebat rasanya. Air mata aku terus mengalir. Mesti kau tak perasan, sebab mana kurang cahaya masa tu. Gelap.

Macam sekarang, aku tengah tenung si beradik bintang tiga. Tiba-tiba ada komet. Cepat-cepat aku pasang hajat. Dalam hati, kau tak dengar. Aku pejam mata. Aku tarik nafas, hembus.



... Dan aku dapat rasa, ada tangan datang genggam tangan aku. Sekarang, kau tahu hajat aku apa.