11.5.11

Lagi 4 Purnama ,

aku susun bintang yang tiga tu lagi.
sambil angin sejuk dari arah selatan sapa satu badan aku.
lama aku tenung segi tiga yang dah di bentuk dengan tangan sendiri.

aku nak pulang ni. kau juga.
lagi 4 bulan , kita jumpa ya bintang.
nanti tiada siapa yang akan susun kau jadi tiga segi macam ni.
jangan sedih , aku lihat dari jauh.
orang tua-tua cakap, "jauh di mata, dekat di hati."

macam kita...





*mata aku dah basah. aku nak duduk sini sampai subuh nanti lah.