10.5.11

#10

"Hijau warna daun , setiap musim berubah juga"

setiap benda yang bergerak akan berubah. semuanya punya momentum yang berlainan tapi sedikit sebanyak akan berubah.

- ada seokor burung tiung, berkawan dengan burung pipit. burung pipit hodoh dan kecil. satu hari burung tiung jumpa burung rajawali. bulunya cantik tapi hati busuk. suka rampas makanan populasi burung- burung lain. hanya burung tiung saja yang tak tahu akan perihal burung rajawali. burung pipit sedih, pergi bawa diri ke pokok tinggi. bertenggek di situ sambil menangis. kawannya sudah punya kawan baru.

itu kisah burung. tak jauh mana pun kisahnya dengan kisah manusia. yang ada akal dan fikiran. yang boleh fikir logik dan solid. tapi tetap macam tak ada otak lagaknya. tapi apa yang boleh kita buat, dia dah besar. dah boleh ada keluarga sendiri. biarlah, tengok saja dari jauh. aku kesah, tapi apa yang boleh aku buat.



p/s : ada kau ingat aku lagi , burung tiung?