20.4.11

Yang Aku Tak Sedar ,

Ada si perempuan ni, 
Yang selalu kasi aku nyawa
Yang dulu aku takpernah endah.

"I sayang U"
Itu yang selalu aku cakap tapi aku tak pernah fikir, itu ke yang aku rasa.Satu masa dulu, Kila.Aku selalu cakap dekat Kila macam tu.Sebab dia awek aku.Aku dah kapel dengan Kila; 2 tahun 2 bulan campur hari ni.

Pagi-pagi Kila selalu buat sarapan roti bakar dengan kaya air kopi panas.Tiap-tiap malam Kila akan call aku cakap goodnight, sweet dream.Aku iyakan saja.Kerna itu tugas seorang kekasih kepada kekasih.Kan?

Aku takpernah cakap "I sayang U jugak" pada Kila.Sebab aku rasa Kila tu terlalu ada untuk hidup aku.Sini sana aku sana sini dia.Kenapa aku tak pernah cakap?Sebab aku pun keliru.Aku sayang dia ke?

Satu masa, dekat taman.Aku teman Kila makan ais krim favorite dia; vanilla.Lepas habis makan ais krim, dia mula bercakap sambil pandang aku.Lain benar aku rasa Kila hari ni.Tak banyak cakap macam selalu.
"Dah kenapa dia ni?"

"U sayang I tak?"
Aku diam.Aku pandang depan,kosong. "Aku sayang dia tak?"
Otak aku tak dapat nak membantu.Shit.Aku diam lagi.Lama.Kila bodoh, setia tunggu jawapan aku.Aku menghela dan pandang dia.

"Kalau I cakap ni U jangan marah."
"I tak tahu I sayang U ke tak?"

Aku dah nampak air mata Kila.Tapi dia boleh senyum pada aku.Aku pelik.
"I tau."
Kila menangis lagi.Kali ni, kuat esaknya.Aku kaget.Apa aku kena buat ni.
Kila pegang tangan aku.Erat. "I sayang U"

Kila bangun, terus berjalan ke depan.Tinggalkan aku dan tiba-tiba air mata aku menitik sentuh bumi.