23.4.11

Kids To The Moon ,

Satu malam aku datang pub.Seorang perempuan cantik duduk di sisi meja dan kepalanya di letakkan di atas meja.Menarik.Tiger depan mata dah 4 setengah botol.Putung sigar dah banyak, tak terkira.


"Hi, aku Joker.Kau okay?"
"Aku Kamelia, hi.Kau nak minum dengan aku?"

Di tilik Kamelia sepenuh hati.Ada sesuatu yang tak dapat nak di ucapkan dengan kata-kata walaupun kau penyair handalan.Kau akan tewas dek situasi ni.

"Boleh jugak.Aku teman kau."
Botol kencing syaitan tu Joker teguk.Bak pemabuk handalan.Sampai satu saat, Kamelia buka cerita.Bercerita tentang sesuatu yang tak patut di cerita oleh orang yang baru berkenalan tak sampai dua minit.Tapi, Kamelia lancar bercerita.Tak ada sebutir pun yang tinggal.

"Aku suka perempuan.Dan mak bapak aku dah buang aku sebab aku suka perempuan"
"Apa harus aku buat?" tanya Kamelia buntu.Joker hanya mampu tersenyum.

Tangan Kamelia di pegang.Erat.Terasa seperti ada satu aliran elektrik, tapi Kamelia senyap.Tidak berkata, tidak membantah. "Aku boleh tolong kau."


"Izinkan aku jadi Joker kau.Boleh?"

***

Aku Kamelia.Si perempuan hina yang teguk air kencing syaitan hari tu di pub.Yang satu hari tu, aku hilang pedoman di sebabkan seorang lelaki dan aku inginkan perempuan sebagai ganti.Ya, aku Kamelia.

Aku pandang Joker.Pelik. "Kau jangan nak buat joke dengan aku Joker"
Tapi mata Joker cakap lain.Cakap yang Joker tak tipu aku.Joker bukan lelaki yang lepas.Joker ikhlas.

"Pertama kali aku nampak kau, aku dah jatuh hati dekat kau Kamelia" 
"Kasi aku jadi Joker kau"

Aku Joker.Si lelaki yang terus jatuh hati pada si perempuan hina, Kamelia.Yang aku terima segala kurangnya Kamelia.Yang aku mahu dia sebagai pemaisuri aku.Yang pertama kali aku sentuh benda haram bila kali pertama aku jumpa Kamelia.Yang aku akan cinta dia sampai mati.

Aku si pencerita, yang menceritakan kisah Joker dan Kamelia.Aku yang pandang saat-saat akhir mereka bersama selama 100 tahun bercinta.Aku yang melihat betapa hebatnya cinta agung mereka.Cinta mereka sampai mati.


p/s : definisi cinta hanya orang yang bercinta sahaja boleh mendefinisikannya