27.4.11

Burung Biru ,

bila kamu terbang tinggi di langit biru,
jangan lupa aku di sini.
aku di bawah , yang sayapnya masih lagi
belum pulih dek patah tempoh hari.

aku biar kamu terbang. bukan kamu seorang.
aku ada. aku ada dalam jantung kamu.
aku ada. aku ada di udara kamu.
andai, kamu dapat rasa dan lihat semuanya.

bila kamu terbang tinggi di langit biru,
jangan lupa pada aku di sini.
jangan lupa. 
jangan.