2.4.11

:)

seorang gadis. seorang pria.

"beep beep"
one message received.
Gadis baca. senyum.

"aku gerak dulu ya. take care"

dari situ Gadis bergerak untuk balik ke sana. dalam hati berkobar-kobar. orang ramai banyak. peek hours. Gadis tak endah. di lajukan jalannya. lagi laju dia jalan, lagi kurang masa terbiar. lagi cepat dia sampai. di lihat jam di tangan.

"sempat ke aku, sempat ke aku"

dalam hati Gadis berdoa. lancarkan dan jauhkan perjalanannya daripada bahaya. bergerak seorang, Gadis jadi kekok tapi berani di sebabkan itu. hati Gadis senyum. Gadis tekad, perlu sampai sana secepat mungkin. kereta api sesak dengan manusia manusia. ada yang gelap, cerah, tinggi, pendek, pasangan, solo. macam-macam. sempat ditillik dari jauh.

jam di tangan di lihat lagi. risau. masa semakin cemburu akan Gadis. gusar. risau. cepat. cepat.

satu demi satu perhentian. Gadis berdoa lagi. cepatlah sampai.
"aku tak mahu dia tunggu, Ya Tuhan"

Gadis dah cuba habis baik. dah cuba habis cepat. dah cuba jadi terbaik. dah cuba. tapi, masa tetap jahat. cepat saja berlalu. tinggalkan Gadis.

sepi. Gadis bingung. apa kali ini salahnya juga ?

"beep beep"
"saya ada bawah ni , Gadis. turunlah."
"siapa kata saya tinggal awak."

Gadis kembali dengan senyumannya.
Pria terhebat. Pria terpaling hebat.

**