31.3.11

Nana Nanott ,

Taty sharekan ayat-ayat Syan untuk Nana.

memang bukan mudah untuk pujuk hati biar terus teguh,
memang bukan mudah untuk pujuk diri agar tidak rapuh.

Tetapi untuk jadi kuat, wahai kawan
bukan sesuatu yang mustahil.
Susah, tapi tak mustahil.
Kerana kita manusia di asaskan dari tanah ; yang tetap terus tegap walaupun dipijak.

Maka sahabat,
pujuklah hati kita untuk menjadi terpaling gagah,
terpaling tabah,
walau di saat terpaling ranap sekalipun.
Biar tidak ternampakkan oleh sesiapa apa yang terbuku di dada,
biar kita kita saja tahu apa yang kita rasa.

Kerana
hati kita, kita punya
rasa kita, kita punya
jiwa kita, kita punya
dan hidup kita, kita punya
bukan orang lain.
p/s : kami semua ada untuk awak. awak kena bangun buka seluas mata lihat sekeliling. :)