7.3.11

Kifly ,

"you buat ape tu?"
"i tengah buat lagu"

dah dua minggu tak dengar khabar. apa agaknya dia sihat? apa agaknya sudah siap lagu yang di tulis? apa agaknya yang dia buat sekarang? apa agaknya dia ingat pada aku?

...

dah sebulan. tapi tak ada sekelumit berita. apa yang kau buat sekarang? 

...

sebulan setengah dah sepi. aku cuba pergi rumah dia. kosong. dah pindah ke? kenapa tak ada bagitahu pun? aku cuba tekan loceng. dengar bunyi angklung yang aku bagi padanya tahun lepas. ada angin datang sentuh aku. sejuk. aku ketuk pintu lagi. cuba buka tombol. oh tak berkunci. macam biasa, bila aku masuk rumahnya, aku suka. tersenyum sendiri. baunya harum. macam selalu. tak ada beza. sofa tv susun seperti biasa. pada longitude yang sama. Aya memang tipikal. satu je susun atur yang dia suka. yang aku tolong susunkan tahun lepas, masih elok sampai sekarang. 

aku langkah ke bilik. putih. ini kaler feveret Aya. aku dan dia cat sama sama masa sehari sebelum birthdaynya. ada tergantung gambar-gambar lomo di sudut tepi. kaktus kecilnya masih ada di atas bingkai tingkap. cadar vintagenya pun masih ada bau Aya. 

aku nampak satu tape atas meja solek. "Kifly" nama aku tu. aku playkan video. Aya menyanyi lagu yang dia karang hari tu. sedap suaranya. merdu. aku tengok tarikh video, dah lama. dah sebulan setengah. 

"Kifly, jaga diri. I do love you but you don't even know, right? sebab you tak pernah tanya. sebab you tak pernah cakap. I tunggu. tapi tak sempat. I kena pergi dulu. Always miss you."

berjurai air mata aku. ye,aku salah. sebab aku agungkan ego aku. aku kurang tahu perasaan kau. aku dah terlambat.

"aku mintak maaf"



p/s : ada orang rindu. pergi, pergi sama rindu kau. jangan kasi luput.