8.3.11

Calling All Angels ,

panggil semua darjah malaikat. dari semua pelusuk ada. semua dah menanti aku. tapi aku tak nak semua malaikat ini. ada yang jahat sampai nak membunuh. ada yang gila kuasa sampai sanggup bergaduh sana. ada yang hilang rasa manusia sebab dah terlalu kuat di mata spesis mereka. 

aku panggil panggil lagi. moga malaikat aku dengar. malaikat yang selalu jaga aku. yang selalu beri aku makan dan minum. mana mana ? aku panggil lagi. aku tiup serombong emas ini lagi. memanggil malaikat paling aku puja.

hampir putus asa. penat aku memanggil. tiba datang segaris cahaya terang. satu tangan hulur pada aku. satu senyuman diberi untuk aku. terus aku capai terus aku memeluk. oh ya. ini malaikat yang aku cari. ini yang aku tunggu dari tadi. dah datang dah ada. 

terus di bawanya aku ke satu lubang cahaya. moga kami aman di sana. 


p/s : this lil kiddo have no ideas if she lost her guardian angel.