22.2.11

Telinga Kiri & Kanan ,

- untuk hari semalam , aku dah lupa kan apa dah jadi. penatnya , biarlah. sekali sekala tak kesah lah.

datang Si Malaikat pinjamkan telinganya untuk aku. dapat je Dia , terus aku peluk. mata aku pejam. "Boleh aku pinjam sedikit ketenangan kau, Malaikat?" terus aku peluk lagi. kami berjalan terus ke kota sunyi. semua yang ada hampir , aku buat tak tahu. aku penat hari ni. menitik air mata. terus aku lap. kena kuat, kan ada Malaikat sekarang. 

"ceritalah padaKu"
aku senyum, mulakan ceritanya dari prolog sampai ke epilog. Dia hanya mendengar. memberi kata-kata bila perlu. menggenggam tangan salurkan kuasa. lepas semua aku luahkan. rasa lega. mengeluh pun dah kurang. perlu lihat Malaikat untuk jana kuasa. 

"terima kasih , Malaikat. untuk segala yang kau dah buat." 

malam itu, aku lena bertemankan Yaye.
sekian.