19.2.11

Pada Yang Terkejam ,

Dik,
Hati kita gagah.
Untuk kita ia simpan semua,
Untuk kita ia telan segumpal rasa,
Maka usah dirisau,
Maka usah meracau,
Hati kita gagah.

Lontarkan,
pada yang termampu sambut.
Balingkan,
pada yang terbisa tangkap.
Taburkan,
pada yang termahu kutip.

Dik,
Biar kejam mana sekalipun kau dipijak manusia,
Biar lancang mana sekalipun kau dihentam kata,
Teguhlah,
Gigihlah,
Bisik pada hati,
"bertahanlah hati,
redalah kau jiwa,
kita bersama".

Kawan, aku khabarkan bahawa hati adalah laskar terpaling setia disisi kita? Jaga ia, dan bila sampai waktunya, kirimkan pada yang sudi memolekkan ia. Kerna apa? Untuk kesekian kalinya, kerna hati adalah laskar terpaling setia disisi kita.