10.2.11

Cendana ,

Zara pergi Gunung Cendana, niat hati nak keluar dari dunia sekejap. dan dia jumpa si pendeta. 

"dah lama kau di sini wahai pendeta ?"
"dua puluh tahun"

dengan kepala botak. muka pucat. Zara tak dapat tafsir, bagaimana orangnya. 

"buat apa kau ke mari?"
"aku hanya mahu lari dari dunia. penat."

pendeta berjalan ke tepi gunung. angin datang, sentuh pipi kami. pendeta itu aku nampak tenang. matanya ada sesuatu. sesuatu yang musykil sekali. 

"cerita sama aku pendeta , apa masalah kau sampai sini diri kau bawa ?"

nama aku Ali. satu sebab aku ke sini. utk lihat mereka bahagia. ats gunung tiada siapa cari aku. tiada siapa mahu tahu aku hidup atau mati. aku, aku mahu mereka bahagia. Khali dah punya lain. dia tinggal aku tiga bulan. senyap tanpa berita. pergi hilang. aku cari, tapi tak jumpa. pandai dia pergi. tinggal aku compang camping. dah separuh aku hilang segala pedoman. separuh lagi masih waras, dan oleh itu aku ke sini. ingin buang segala sayang tapi tak dapat. sayang itu wujud mcm aku bernafas. walaupun dah dua puluh tahun berlalu. tak pernah goyah sayang aku. walaupun aku tahu mereka sudah bahagia. 
kau jangan jadi sama macam aku. tak ada hidup, tak ada keluarga di sini. pulang lah. dunia sana lagi aman dari di sini. percaya cakap aku. masih ada yang mahu menyayangi. masih ada yang mahu di sayangi. aku hanya tunggu sisa hayat di sini. 

pendeta senyum. aku nampak air matanya. sebak rasa. kerna itu juga aku naik Cendana ini. kerna itu juga aku akan kembali ke dunia.

aku masih musykil , Ali ini si perempuan atau si lelaki ?