18.1.11

Milky Way ,

Lihat kami Tuhan.Dengarkan kami.Berikan kami nyali untuk meneruskannya.


Baunya masih sama.Dan malam itu kami meludahi segalanya dan menzinai masa yang tertinggal buat kami di tasik kesukaan aku dan dia.Ia masih cantik.

Dengan berkaki ayam.Dengan memakai jiwa yang bebas.Kami berlari berpautan tangan,berpautan rasa dan hati ke sebuah fantasi yang sudah usang.Fantasi yang pernah kami diami dulu,kini kami kembali untuk mendudukinya walaupun hanya semalam. Imaji-imaji yang keluar di benak kami hanyalah kami.

Malam itu malam kita berdua.

Kami ketawa.
Kami menangis.
Kami bercinta lagi.

Namun, bunyi jam yang bakal menghanyutkan kami ke realitas sangat menggalaukan.Pada detik itu kami berdua menangis dan berpelukkan.Ini pelukkan paling kuat yang pernah dia berikan.Aku tidak akan lupa bau ini.Bau yang mengembalikan aku ke waktu kecil,dimana aku bebas menngapai bulan dan berhilau tawa.Dan dia juga pasti tidak akan lupa dengan ciuman ini.Kerana hanya aku yang berkuasa untuk memberikan ciuman selembut itu.Aku harap ia sudah cukup mengkhayalkanmu.Kami bertatapan mata dan mengubal janji.

Janji darah.kami menjanjikan penyatuan di masa hadapan kerana kami masih muda dan mentah untuk membayangkan perkara-perkara aneh dan merumitkan.Dan dalam umur yang masih mentah ini juga kami masih berdegil untuk tidak menerima hakikat bahawa kami bakal meninggalkan alam fantasi dalam masa beberapa minit lagi.Jadi apa salahnya kalau kami putuskan untuk tidak berputus asa.Bukan sekarang.Masih terlalu awal.

Sewaktu pintu realitas terbuka.Sudah masanya kami mengucapkan selamat tinggal kepada tasik,sampan,jambatan dan langit ke-8.berat mulut aku untuk mengatakannya,berat jugalah tangan aku untuk menuliskannya..selamat tinggal sayang.Sekali lagi.Kami masih berdegil untuk perpimpinan tangan walaupun sudah dekat kepada pintu celaka itu.Pintu pemisah.

“ masanya untuk kembali..”

kataku dengan lemah.

dia mengucup bibirku buat kali terakhir yang entah keberapa kali.

Dan bisik “aku harap kau tak bahagia dengan dia.”

Aku mencapai tubuhnya seraya membalas bisik –

“ aku juga harap kau tak bahagia dengan dia.”

lalu kami berdua tertawa sinis.

“ you’ll always be my love.”

Katanya.


Realitasnya, apa sahaja yang akan terjadi,jadilah.Asalkan kita berdua tahu yang malam itu.kami telah menjajah segalanya, kami telah membina sebuah empayar yang lebih besar daripada sebelumnya.Apa yang kami bina ini lebih besar angkanya daripada digit dua.Kami memang binanya berdua tapi kuatnya kami semasa membinanya seperti membina dengan bantuan berjutaan orang.

What have we become? Powerful.