15.1.11

Inside Her, Look Deeper

nampak tak hujung sudut sana tu, sorang gadis duduk pandang bawah. kenapa ? kerna dia dah kehilangan sesuatu yang digenggam erat selama ni. kau nampak tak matanya yang sedang kandung air dan tak lama lagi melimpah airnya. esakkan kecil dan besar mula kedengaran.

nampak tak hujung sudut sana tu, sorang gadis duduk sorang diri. tak ada berteman. hanya dia seorang dari siang tadi. tak termahu pun bangun dan pergi. kau nampak tak dia sedang memeluk dirinya sendiri kala ini ? matanya sudah sarat dengan air mata. 

nampak tak hujung sudut sana tu, sorang gadis setia menanti. mungkin ada sedikit harapan dalam hati supaya kau kembali. kau nampak tak mata hatinya yang sedang berkata kata sekarang dengan kau ? matanya sudah bengkak dek tangisan buat lelaki.

nampak tak hujung sudut sana tu, sorang gadis yang baru kau tinggalkan. sedang berdebat dengan jiwa "apa salah aku pada kau?" memejam mata untuk mencari sedikit ketenangan hati supaya dia boleh bangun dan terus berjalan pergi. matanya sudah hilang ceria dulu. 

apa yang kau fikir masa kau tinggalkan gadis ini. setan mana yang rasuk sampai kau lupa kenangan bersama. aku tertanya tanya, ada kau fikir seratus kali untuk lepaskannya? ada kau betul betul yakin ini yang terbaik. untuk satu titik air matanya, aku sayu melihat. apa boleh aku buat untuk tenangkan hatinya? tak ada. ubatnya ada pada kau. hanya kau. 


p/s : Tuhan bagi kau akal utk fikir kerana bila kita fikir dan tanya sama hati ada jawapan untuk diri sendiri. bukan ambil jalan mudah, tanya pada sang syaitan. entry ni utk kawan aku tau.