26.1.11

Eng . Mech

satu batu jatuh terhempap kepala kau , rasanya sakit. terbeban. kau boleh menangis nangis. saat tu , kau akan rasa betapa menyesalnya kau pada dosa dulu. sama lah macam aku. bila aku rasa susahnya hidup ni. rasa nak berhenti belajar. Engineering bukan bidang main main. aku pernah fikir , berhenti sajalah. susah. tapi, Tuhan dah janjikan kita bila sesuatu pekerjaan tu kita rasa susahnya lah, jalan ke syurga di permudahkan sedikit sedikit. mana ada yang senang di dunia ni Taty . nak makan pun susah , nak bernafas punnn susah tau. buatnya oksigen kurang karbon dioksida lebih. mau tak mati kau. 

jadi jadi, sini motivate diri sendiri . tak akan berjaya kalau kau tak capai tahap susahnya dulu. macam dayung sampan. ingat senang ke nak mendayung sampan tu bagi betul betul ikut arus. susah. kena pandai buat strategi mendayung :) jatuh sekali tak bermaksud kau terus menjunam jatuh. tak tak. kau kena bangun, walaupun bertongkat tak apa. bertatih perlahan lahan , lepas tu tak perlu lagi tongkat tu.

Taty , jangan lah lemah semangat sangat. nak jadi berjaya kena rajin. bukan rajin tidur ye, rajin belajar. fokus. rajin. fokus. rajin. fokus. niat pergi belajar Lillahita'ala. okay. :) 


p/s : ini sebab dengar suara ayah tadi. terus insaf kejap.