4.1.11

Arak ,

satu botal arak aku teguk. aku si penagih dadah lorong gelap tu. stok morphine aku dah tinggal sikit wok, menggeletar satu badan. macam kena rasuk hantu dah. muka pucat, mata lebam. menggigil aku nak stok. aku cuba bangkit. tersungkur. cuba lagi, kali ni, aku pegang dinding bangunan kosong ni, gagahkan diri untuk bangkit. satu keluhan. aku perlu berjalan ke lorong sana; lorong pelacur.

lorong sana ada orang bekalkan barang aku nak tu. terhuyung hayang aku, angin malam sesekali buat aku seram sejuk. mata berair. aku berhenti berjalan, tutup mata. rasa sakit dalam weh. ketagih ni lain rasanya. aku kena lagi cepat berjalan, cepatlah sampai lorong sana. 

sampai sana, aku dah separuh nyawa. cuba pegang kukuh pada kotak kotak yang di susun tinggi di hujung lorong. "Bro, kasi wa sikit barang. tak tahan ni" tangan aku menggigil. jiwa aku merintih bagai anak kecik. ramai pelacur pelacur mak nyah di situ. lorong hotsetap kat bandar ni, sini lah. menarik pelanggan, layan nafsu buak buak. aku tak kesah semua tu. aku mahu barang aku sahaja.

"Hutang lu dulu tarak bayar lagi, sekarang nak lagi ka." 
"Sorry lah wehh, blah blah"

aku cuba pijak bumi. "Aku nak barang aku !"
satu tumbukan kena batang hidung aku. bau darah sendiri, rasa sakitnya tak sakit macam rasa sakit aku ketagih ni. pukul lah lagi sampai puas. 

datang seorang malaikat. aku tak kenal siapa. dihulurnya satu paket morphine. aku senyum sinis. terus ambik, layan. aku layan. gelak pada dunia reality. aku masuk fantasi alam. sana lebih tenang. sana aku nampak putih. aku tak nampak setitik pun warna hitam. 

tersadai tepi lorong dengan barang yang aku nak tadi, aku pergi bawa diri.