23.1.11

ALREADY MISS YOU ,

tenung lama lama. itu yang selalu Reza buat bila Kaila tidur. masa tidurnya, sunyi. Reza suka main kening Kaila. nanti berkerut kerut keningnya. ketawa kecil Reza. 

" hai, leganya aku dapat kau. kau ni dah macam oksigen aku tau Kaila. "

satu pe'el Kaila, bila di usik, tak terbangun pulak dia. malah macam macam mimik muka di buatnya. Reza ambil peluang ini. emas emas. dikucup bibir Kaila dengan penuh rasa cinta. sejuknya bibir kau wahai puteri. di cium hidung Kaila halus. di jamah wajah Kaila. 
"boleh menangis aku tenung wajah kau ni , sayang "

sebab kau dah lengkapkan aku yang kurang ni. seriously, aku banyak yang negatif. dulu aku kurus , sekarang dah gemuk sebab bahagia. oh ya, aku suka cubit pipi kau. nanti kau mesti tepis. muka nak marah je. mata pejam je lagi. last last, aku geram. aku terus je peluk kau. biar lah kau tidur mimpi aku je. 

tapi, itu semua setengah tahun lepas sebelum kau pergi tinggalkan aku. sekarang aku dah tak dapat nak usik kau lagi sayang. kau dah hilang. jasad kau dah ada dalam tanah. Tuhan lagi kasihkan kau.