12.12.10

ANTARES ,

Kalau aku mati.Jangan lupa beritahu anak kita yang bintang paling sejuk,warna merah.


Sudah tujuh tahun kau pergi sayang.Dan tujuh tahun jugalah umur anak kita.

“ Papa.Suci nak piknik atas bukit.tapi Suci nak piknik malam-malam”

“ boleh sayang..”

anak kita sama saja perangainya macam kamu.Mahunya yang aneh-aneh.


Aku pilih malam yang paling sempurna untuk Suci.Malam hari jadi kamu.Aku ajaknya ke bukit Jai.Dia sukakan bukit ini.Sepertimana kamu sukakannya.

“ papa papa ! cantiknya bintang yang tu! “ Suci teriak girang seraya menunding jari ke arah sebutir bintang yang agak kemerah-merahan.

“ namanya Antares. “

“ Antares?”

“ Ya.Antares,bintang paling sejuk sayang.”


Aku berjaya sampaikan pesan kamu kepada anak kita,sayang.




Tuhan. Tolong beritahu isteri saya. Yang saya rindu dia.