17.10.10

HA HA HA.


lepas teguk todi, kita huyung hayang
gelak tawa haha haha sama-sama
aku baring atas kau
lihat langit malam yang ada hanya bintang dan bulan
sana, sana aku nak pergi
andai kata manusia boleh terbang
kita pergi sana ya, sayang

kita teguk lagi, kali ini
main asap kepul-kepul mereka
kau aku , mereka
ketawa lagi. n i c e

malam dingin itu, dunia fantasi kita pergi
hati meronta tak mahu pulang pada realiti
biar kita semua muda dengan gembira
biar tak ada kedut tua dan duri hidup

mungkin?

aku teguk todi lagi
kali ini aku sahaja
kau bawa aku pusing pusing malam
ketawa aku "dunia ini kita punya"
aku betul-betul mabuk

mabuk itu benar
mabuk itu sahabat
mabuk itu kasih sayang
mabuk itu bintang

ayuh, lagi sekali.