28.10.10

DURASI MASA , ATAU DURASI SABAR.

61 saat seminit pun,
atau 61 minit sejam.
atau 25 jam sehari.
atau 8 hari seminggu.
atau 366 hari setahun.

atau, atau, atau!

menunggu bulan jatuh jadi bintang,
atau menunggu bintang besar macam bulan,
bukan satu masalah. tapi.
aku tahu dan sedar,
aku sedang dan masih,
dan aku akan tunggu dan menunggu,

sebab,

masa bukan ukuran segalanya. tapi.
sedarlah,

aku bukan satu, sebuah atau suatu objek. tapi aku makhluk yang berupa manusia yang punya "kuasa untuk merasa apa itu perasaan"

-Tun Boja Bistara