27.8.10

MABUK MALAM RASA COKLAT,

aku mimpi,

kita ada atas puncak bukit sana. berdua. pada waktu kala senja. kau bilang pada aku,
"mari, aku bawa kau tengok dunia"
"iya, aku mahu ikut"

kau hulur tangan pada aku, mahu pasti kan kita sama sama panjat bukit. aku genggam tangan kau erat, seperti memberitahu, jangan tinggal aku seorang. takot. kau balas erat genggaman aku. kita daki bukit kala senja, kala matahari mahu turun. kala sang bulan mahu naik dan bintang bintang mahu hias langit.

aku pelik, mana kau mahu bawa aku gelap gelap ini,
"Arjuna, mana mahu kita pergi?"
"aku mahu kau rasa bebas itu apa." sambil senyum, menawan.

aku terus daki. 2kilometer dalam kiraan bengap aku. tangan Arjuna masih erat pegang aku. aku galas beg yang di beri Arjuna masa kami di kaki bukit bawah sana.
"apa yg kau bawa dalam beg ni Arjuna?"
"nanti kau tahu bila dah sampai sana"

**

"satu..dua..tiga.. tara ! "
"sini lah aku nak bawa kau."

satu tempat atas bukit, rumputnya bagai permaidani, angin angin sepoi yang sentuh pipi aku lembut. aku suka tengok langit oren atas sana. cantiknya. sumpah, cantik. aku senyum gembira.

"aku suka tengok kau senyum macam tu Cinta"
"aku suka bila kau buat aku senyum macam ni Arjuna"
"apa yang kau rasa sekarang Cinta?"
"freedom"
"aku cinta kau Cinta"
"aku lebih cinta kau Arjuna"

kami layan angin malam.
Arjuna buka zip beg, keluarkan liquor dua botol. satu untuk Cinta, satu untuk Arjuna. kami teguk sama sama. bahagianya ! masuk fasa pertama mabuk. malam ini, kami mabuk berdua. huyung hayang bersama. gelak tawa bagai orang hilang pedoman.

"kita mabuk sampai subuh datang ya Cinta"
"boleh punya. aku suka ! "

penat teguk liquor, kami baring atas rumput hijau. ah, indahnya langit malam dengan bintang bintang. jahilnya aku sebelum ini kerna tak pernah lihat bebas dalam kamus Arjuna.

"setia di sisi aku sampai mati ya"
"i will"

Arjuna rangkul aku erat. aku pejam mata.


"aku suka kau pejam mata sayang"
"kenapa?"
"kau nampak cantik dgn mata terpejam"
"ada ada ja lah kau"

"kalau aku mahu kita mati sama sama kau rela?"
"rela"
"betul?"
"sumpah"

dia bawa aku ke gigi bukit.
"cuba kau lihat langit. lakar padanya wasiat terakhir kau"
mata di pejam.
wasiat di tintakan.

"sudah"
"apa yg kau wasiatkan?"
"KITA JUMPA DALAM ALAM SATU LAGI"
"baiklah. tunggu aku di sana"

kami pegang tangan erat. di gigi bukit itu, kami terjun. hembuskan hembusan terakhir bersama sama. mabuk malam ini rasanya coklat. manis. satu malam yang mampu buat dua pencinta pergi jauh dalam dunia mereka.

"mabuk malam ini rasanya coklatkan Cinta?"
"ya, manis. terima kasih."

Arjuna dan Cinta pergi sama sama. cinta mereka hanya meraka sahaja yang tahu apa maknanya.
halus.

p/s : cinta itu mmg gila.