5.7.10

A LIFE? WHAT'S THAT.


tiba-tiba, aku nampak perca-perca hati bertaburan atas lantai. sayu betul. banyak pula darah yang memercik sana-sini. ada dengar tangisan kecil, mungkin datang dari perca-perca hati tu. aku dah tak nampak bentu hati yang solid. manakah? kenapakah?

air mata aku dah murah sekarang. menangis melihat perca-perca hati yang sadis tu. warna hati tu pun dah tak merah saga macam dulu. merah kan tandanya berahi cinta. mana pergi? aku dengar tangisan lagi. sayup-sayup.


ada yang tanya, apa kita nak buat dengan hati yang dah rabak ni? aku tiba-tiba bersuara, "tunggu. nanti ada cinta sejati datang. biar cinta itu yang solidkan perca-perca hati ini. sumpah, hati ini akan merah semula" aku tenung lagi perca itu. menunggu masa yang sesuai datang. melihat degupan hati kembali mekar. tak ada lagi tangisan sayu. walau berparut, hati itu tetap cantik di pandang. percaya lah.

; kalau ada, ada lah. tak ada, tak apa. :')