18.7.10

KUNANG-KUNANG.


apa definisi suka?
apa pulak definisi cinta?

kau suka tapi tak cinta, susah tau.
kau cinta tapi tak suka, itu susah juga.
senang cerita, bila cinta perlu suka.

berapa kali aku mahu bilang, perasaan bukan mainan.
perasaan itu sesuatu yg halus dan annoying.
cuba kau semat dalam otak baik-baik.
penat aku carik-carik kan definisi pada kau,
endah tak endah je kau buat.

kalau kau rasa, kau suka dia.
tp, kau cinta orang lain. stop.
buang dua dua perasaan tu cepat.

aku tak nak kau terhumban dalam salah sendiri.
silap hari bulan, kau yg sebelum ni bagai bunga lily, putih cantik.
bertukar, layu. dan, tempatnya, tong sampah.
kau mahu ke macam tu?

sedarlah, selagi ada masa.
selagi kau sedar realiti ini.
selagi, masa belum mempersetankan kau.