10.7.10

I SWEAR, WE ARE INFINATE.

saya sorang. pup! saya dah dua orang. cantiknya bila berdua. saya hulur tangan kepadanya. disambut. lega rasa hati. senyuman mula terukir. kami berjalan, meniti titi dekat satu sungai hujung kampung sana. sunyi je kampung ni, macam saya dan dia saja yang ada.

"Bawa aku pergi sana"

"Mari lah, kita berdua saja tau"

pelangi dah mula membentuk atas langit. hiasan yang sangat sempurna. angin tiup sepoi sepoi. nyaman rasa hati yang dah bertaman ni. bunga-bunga mekar wanginya semerbak harum.

"Kau nak pergi syurga tak?"

"Aku nak pergi hanya dengan kau."
"I told you, don't leave me alone"

"I won't baby"

saya sudah lemas dalam rasa ini. jangan selamatkan saya. biar saya lemas di sini. sungguh, saya rasa sangat selamat walaupun lemas. kamu semua harus percaya, rasa ini buat kita akan terbang ke kayangan.