8.6.10

SAYA TAHU MAK RINDU AYAH.


tak sampai sehari ayah pegi, aku tengok mak dah macam resah semacam. ahaha ;D yealah. tak da sapa nak teman dia tido malam ni. oh, bukan malam ni jea. malam esok pon. kasihan pulak. rasanya akak tahu mak. perit kan. tido sebelah tak ada teman. rasa insecure.

ada satu hari tu, aku tiba-tiba mcm abnormal. menangis esak-esak mintak nak tido dengan mak. nak mak pelok. pegi bilik mak, mak terkejut. "mak, akak nak tido dgn mak" and, nak tahu mak cakap apa. "ish, tak faham mak. tiba-tiba ja malam ni nak tido dengan mak. nt ayah nak tido mana? mak tak leh tido takdak ayah" . dalam hati aku ngomel, "ah, sweetnya mak ayah aku ni." kat situ boley tengok kasih sayang suami isteri. aku nak macam tu jugak suatu hari nanti. :)
bukan mak je rindu ayah. aku pon. terasa mcm dah lama ayah pegi. aaaish. td called. ahahaha ;D syiioookkk. lupa nak buat 3G. lupa hp boleh guna 3G. =,='' siot. oh ya, before bye bye aku cakap lah "ayah, mak cakap mak rindu" . aku dengar ayah ketawa bahagia di sana. mesti ayah pon punya rasa yang sama dekat mak kan. aishh. jeles okayy.

notahati buat mak : moga tido nyenyak malam ni :)