21.6.10

PENDUSTA.

hujan renyai di kala malam sepi. kononya Qin nak tidur, tapi matanya masih liat. hujan di luar makin lebat. Qin berusaha menutup matanya. rapat. tidur lah wahai mataku.

"Qin.." seseorang membisik. halus. asyik.
dada Qin mula bergetar. siapa?

"Qin.. tidur lah. malam dah lewat"

ya. itu suara Pian. suara yang di rindu. suara yang hanya bisa buat getaran dahsyat di jiwanya.

"Pian, datang sini. rangkul Qin" air mata mula keluar dari tubir matanya. sesungguhnya dia amat merindui cintahatinya itu.

pada suatu petang, di tasik Cendana. Pian bertemu Qin. di situ mereka selalu lepak. Pian keluarkan putung. bakar. hembus asap. kepul-kepul asap tu berlari ke atmosphera. Qin tenung air tasik. tenangnya tasik ini. Pian bakar putung buat kali ke dua. agaknya ada yg tak kena ni.

"Qin, kau rasa kita boley pergi jauh?"

"kau tak nak?"

"aku dah tak larat lah."

"sampai macam tu sekali penat kau?"

"aku bosan"

"aku tak cukup baik kan?" air mata terrembes hebat.

"aku dah tak rasa apa yg aku rasa dulu"

Qin diam. di gigit bibirnya kuat. kenapa perasaan kau begitu, Pian. sedangkan aku bergunung-gunung perasaan ini pada kau.

"kau jangan nangis Qin"
"kau boley cari yang lain. kau cantik apa"

"macam mana aku nak hidup sedangkan kau nyawa aku?"

"itu perkara paling bodoh yg pernah aku dengar"

Qin diam lagi. pergi lah Pian. pergi. jangan kau buka bicara lagi. hati aku macam di siat siat dengan kejam oleh kau. pergi lah Pian. pergi.

"Qin! kau nak pergi mana?" jerit Khai. kita orang classmate, course mate. Khai selalu perasan bila masa masalah datang jengah aku.

"aku nak pergi tasik" senyuman terukir manis.

"aku ikut boleh?"

berjalan ke tasik berdua dgn Khai. dulu, Qin selalu berdua dgn Pian. sekarang dah sorang. dah tak punya Pian. apa khabar Pian ya? nama saja satu kampus. tak pernah ketemu. ah, mengarutlah. siapa dia yg Pian nak ketemu. setan gelak jahat dalam diri Qin.

"apa kau buat dekat tasik ni Qin? tiap-tiap hari tempek kat sini."

Qin keluarkan sigar. "Khai, ada api?"

bakar sigar, merokok. Qin pandang langit. kalau dulu, Pian suka sedut sigar ini. tapi, sekarang, Qin pula yg gian. kalau dulu Qin tak pernah sentuh sigar, sekarang, Qin ketagih akan sigar. Khai geleng kepala. apa kau dah buat pada Qin , Pian.

"Pian bodoh, sebab cinta orang bodoh macam kau" ada tawa di situ.

"kau lagi bodoh sebab kawan dengan orang bodoh ni, bodoh." lagi kuat Qin ketawa.

"Qin, kau tak boley lemah macam ni"

"hey, see the leg lah. mana ada aku lemah bhaii. tough ni!" sambil gaya tunjuk muscle.

malam datang lagi. hujan lagi. lebat. pagi tadi Qin nampak Pian. dekat cafe.. Pian dengan seorang junior. hati Qin bagai ditikam tikam. lumat terus hati yg merah berdarah tu.

"aduh. im sorry"

"sokay"

di angkat muka Qin. Pian! terasa bagai batu besar hempas di kepalanya.

"Qin, kau ok?"

"ok." terus pergi. tinggal lelaki itu. Qin seolah olah tak nak kenal Pian.

kaki menghala ke tasik. di tasik, Qin bicara dengan langit dan air tasik. mereka jadi saksi atas segala cinta Qin pada Pian. tak pernah padam cinta ini, Pian. tak akan pernah. walau jauh kau pergi, rasa ini masih ada. masih agung dalam hati aku.

**
selama ni, aku hanya hidup dengan bayang-bayang kau Pian. itu yang buat aku berdiri sekarang walaupun cacat. tak apa lah, suatu hari nanti, bila aku dah cukup kuat. aku pulangkan balik bayang-bayang kau. aku pinjam. sekejap saja. ye, janji. aku pulangkan pada kau balik.

menitis lagi air mata Qin.