16.6.10

KAU KEJI.

cinta itu selalu ada, cuma kita kena menyemarakkannya.
nota cinta terakhir yg Thia tulis sebelum berlayar malam ini. padat dairy saiz a4 itu dgn nota-nota cinta. memang, memang dia suka berangan-angan. suatu hari nanti dia akan ketemu dgn cinta sejatinya.

"i love you"

"i love you too"

itu 4 tahun lalu. Dian yg ungkap cinta.

"Dian, kenapa kau tipu aku?"

"bila masa pulak ni?" sambil jari menekan punat keypad handphonenya. focus.

"Dian, aku nampak kau dgn Mira last Saturday."

"ala, kitaorang kawan je lah. kau ni cemburu sangat" datar saja ungkapannya.

"aku nampak kau dgn Mira jalan berpelukkan, cium pipi. aku nampak!" saja ditegaskan sedikit perkataan nampak itu. Thia masih boley bersabar.

"ala, kau ni konservatif sangat la Thia"

Thia cuba kuat. konservatif kau namakan aku? cis. itu lah di namakan curang. kau tahu?

"Thiaaaa. sayanggg.." tiba-tiba satu malam Dian ingin ketemu. ada sesuatu yg nak dibagitahu katanya.

"ya. ada apa ni?" ada debaran yg kuat. tapi di redakan saja dgn selamba.

"aku cinta Mira"

"aku tau"

"mana kau tau?"

"aku dah tak rasa kehangatan cinta kau pada Thia"

"maafkan aku"

"tak usah kata maaf. itu lagi robekkan hati Thia"

"aku salah"

"tak ada yg bersalah dalam cinta"

"im sorry Thia syg"

"jgn panggil aku sayang, nanti ada yg marah. pergi lah Dian"

diam. kedu-duanya diam. aluanan muzik waltz rancak beralun. meninggalkan dua orang ini dalam ceritera mereka sendiri. senyuman dari Thia. entah ikhlas atau tidak. Dian diam. tunduk malu dgn kesalahannya. teganya dia sakitkan hati wanita yg paling sempurna. kenapa aku bodoh?

"pergi lah Dian. Mira tunggu tu. tinggalkan aku di sini"

Dian pergi tanpa pamitan. Dian pergi selepas dulu ungkapkan kata cinta. cinta itu satu game ke? kalau iya, aku tak nak jadi player. Dian, dia curang.

kini Thia masih sendiri. pejam mata sambil mendengar lagu. biarlah, tak payah pusing..

2:54AM , June16