15.6.10

HONEY-BEE

hujan. ya, hujan di luar sana. Ayin melemparkan pandangannya ke luar tingkap.

"jangan la ada guruh yg datang" iyaa. dia takot akan guruh kilat. tak kira lah kuat perlahan, yg dinamakan guruh. pasti membuatnya menggigil satu badan.

PRRANGG! kuat dentuman guruh itu.

"Ayin, Ayin okay sayang?" Mir dapat menjangkakan keadaan Ayin sekarang ini kerana tiba-tiba ada satu badan datang menghampirinya.

dari samar-samar lampu jalan di luar, Amir Daniel dapat meratah wajah comel isterinya. segaris senyuman dihadiahkan pada Ayin. dahi Ayin mengerut, bibir pula dimuncungkan. ah, lagi tambah comelnya.

"Bee, Ayin takot" perlahan sahaja didengar Mir.

"im here sayang" satu pelukan. selamat rasanya.

"terkejut bee tau.ingatkan bidadari mana tadi yg datang mengurat" di cuit dagu Ayin.

semalam Nazrin Natasya selamat diijab kabulkan dengannya. membina masjid bersama-sama insan yg telah mewarnai hidupnya sejak dari kampus, buatkan Mir rasa seorang lelaki yg sempurna. inai masih lagi merah berahi. ada getar di hatinya.

"bee. bee. ish, mengelamun pulak dia. kita tengah bercakap dgn dia ni"
"teringatkan mak we lah tu"

ada tawa gembira sesama mereka. oh hujan ini satu rahmat. malam itu, dua jiwa bersatu. berlayar menaiki kapal mereka.

**

keadaan bilik masih sama. cuma sofa telah di gantikan yg baru. nak tukar angin katanya. isteri menjadi penunggu sang suami. setia. keadaan di dalam bilik dingin. hujan lebat di luar sana. satu SMS masuk.

"dear my love, tunggu bee balik iya! miss u!"

tiap-tipa hari, SMS yg sama akan di terima. Ayin senang. tak ada perasaan jemu menjadi seorang isteri kepada sang arjuna yg tinggi pangkatnya sebagai suami. leka dia menilik air hujan yg membasahi bumi Tuhan ini. flora juga turut senyum terima hujan dari langit.

**

"Nazrin Natasya, sudikah awak menjadi permaisuri saya sampai tua, anak perempuan kepada ibu bapa saya, kakak kepada adik saya dan mummy kepada anak-anak saya?"

menitis air mata mendegarnya. "sudi Mir"

"jgn panggil Mir, panggil bee"

"kenapa?"

"saya bee, awak honey. kena lah tu. perfect!"

mesranya mereka.

**

lagi sekali Ayin mengelamun. jauh benar dia pergi. sampai seseorang masuk ke bilik dan kini berdiri di belakangnya langsung tak diketahui.

PRANGG!! dentuman guruh kuat dibasahi dgn hujan lebat sangat.

"bee!" tertutup mata Ayin. mengharapkan ada satu tubuh datang menenangkannya.

cepat-cepat Mir mendapatkan isterinya dari belakang. dipeluk penuh kasih, dicumbu penuh sayang. Ayin masih ketakutan.

"sayang, bee ada ni. jangan takot ye"

"takot bee"

"hmm, dah tahu takot yg sayang pegi jadi tukang tilik hujan tu kenapa?"
"dari tadi bee masuk tak perasan pon kan" di cuit hidung kecil isteri kesayangannya.

43 tahun masa berlalu. keadaan mereka sama seperti inai masih merah berahi. Mir ada kala dia perlukan suaminya. suaminya sampai akhir hayat.

1:46PM , June15