13.6.10

HOME-MADE HELL.

malam. aku keluar. mahu cari Syin yang hilang. aku tak tahu mana Syin hilang. tiba-tiba ghaib. jiwa Syin bagai nak meletup. racau. asyik melalak ja dari tadi dalam tandas. dia perlu ambil bekalan. selepas mandi, Syin pakai jeans dgn tee. ala kadar sahaja. di lihatnya pada cermin.

"ah. baik campak je cermin ni jauh-jauh." benci sungguh dia.

terus menapak keluar dari biliknya. mak bapak Syin sedang layan kawan mereka dari Amerika sana. sedang lalok aku tengok dekat pub yang agak besar dalam kawasan rumahnya. Syin keluar ka balik ka mahupun mati ka wujud ka, langsung tak ambil kesah. yang hanya tahu, bisnes bisnes bisnes.

"aku perlu bekalan sekarang" Syin bicara pada Zac.

"ok ok, dalam half an hour lagi aku kasi. kau hit mana?"

"tempat biasa. see ya!" klik. talian di mati kan.

Syin menerjah malam dengan rasa usang di hati. mana Syin pergi ya? ghaib macam tu. tadi siang dia melalak. melalak kerana seorang lelaki yang macam haram. boleh berselingkuh dengan perempuan murahan di depan matanya sendiri.

satu putung sigar di halakan ke bibir. bakar rokok, merokok. hanya kepulan-kepulan asap yang menemani Syin. lagu Kau Mawarku nyanyian Dato' Siti perlahan sahaja di dengari. malam makin lewat. sudah hilang daranya dek masa yang jahanam.

"aku bukan bohsia lah bodoh!"

"habis tu apa? GRO?!"

"kau!" paanggg! satu tamparan di muka Syah.

sini, di atas bukit cahaya ini Syin selalu buang masa. buang segala perasaan durjana. lepaskan segala amarah. dan, mencari Syin yang hilang.

"pin pin!" hon kereta Zac mengejutkan Syin dari lamunan yang bertemankan sigar yang ke tiga putung.

"mana? kau bawak tak Zac?"

"ni haa. kau ni ada masalah lagi ke? sampai 9 botol kau suruh aku balun"

"hahaha. aku sangap lah bhaii"

Stella Artois. aku capai dari Zac dengan senyuman hambar. mata aku santapkan pada cahaya-cahaya kotaraya. Zac turut faham. selama 5 tahun berkawan, dia cukup masak dengan perangai Syin. apa yang boleh di tolong, dia tolong. mungkin sedikit, tapi sekurangnya dapat lihat Syin senyum semula.

minum. minum, minum. minum.

"hidup aku dull. tak mcm cahaya di sana." Syin mula bicara.
"dia bilang aku GRO. dia selingkuh itu apa? fuck!"
"aku benci dia sampai mati. aku tak cinta kau lah Syah!"
"AAAARGGGGGHHH ARRGGHHH ARRGHH!" Syin jerit. buang segala sialan yg tadi dtg menerpa. Zac hanya menjadi pendengar setia.

**

terhuyung hayang hilang arah mereka berdua. dalam mabuk. high overboard. hampir habis Stella Artois yg 9 botol tu.

"aku cinta Syah"
"aku tak nak dia selingkuh dgn betina lain"

mabuk adalah tentang bercakap benar walaupun kita tidak bersikap jujur.

"aku mahu keluarga yang ada kasih sayang bukan keluarga yg sayangkan bisnes"

mabuk adalah tentang keinginan yang tak kesampaian.

"aku nak kahwin dgn kau Syin"

mabuk adalah tentang kejujuran yang kita sendiri tak perasan.

"kau jangan sedih lagi Syin. aku cela tengok kau macam ni."

mabuk adalah tentang keikhlasan yg tak pernah nampak.

"kau suka mabuk Zac?" Syin senyum. manisnya. cantiknya. terpikat aku weh.

"suka. mabuk buat aku ada dunia indah"

mabuk adalah sesuatu yang haram tetapi indah.

pagi datang selepas malam pergi. Syin terbaring di atas rumput halus melihat langit. amboi, cantik sungguh waktu pagi. botol-botol yg berselerak di pungutnya. di letakkan dalam boot belakang kereta Zac. Syin start engine kereta dan menyusur pergi.

"Zac, thanks utk semalam. gua chow dlu! anything text me kay!" satu SMS di hantar pada Zac yg masih lena di permaidani rumput di atas bukit sana.

Syin, kau dah balik. masa terus berlalu. Syin ini pasti hilang kembali. pasti.

3.41 am, June13.