17.6.10

HAI, SAYA HARIS.

bibir mulus itu aku tatap. pucatnya. Seri, kau kena kuat tau. aku masih perlu kau kat sini. kau kuat seri. jangan mati. di tangan Seri genggam erat sapu angan milik Isa. tak pernah Seri alpa akan sapu tangan itu.

"kau nak tahu ini sapu tangan Isa bagi dekat aku pada hari last dia"
"lepas tu dia terus pergi tinggal aku terhuyung hayang sendiri"

"dia pergi mana?"

"jumpa Tuhan"

"Seri, kau dengan aku dah lama kan?"

"yes. dari sekolah sampai sekarang."

"kau cinta aku tak sama macam mana aku cinta kau?"

"cinta aku lagi lebih lah bodoh"

mereka ketawa. Seri buat memek muka comel. Isa bahagia walaupun dia tahu dia derita.

satu malam, Sari & Isa lepak atas bumbung rumah Isa. mereka bilang bintang. penat membilang, mereka ambik dadah. mereka menyuntik benda khayal itu dalam badan. terus lepas itu, pergi ke alam indah.

"aku nak bawak kau lari dengan aku Seri"

"ke mana?"

"ke tempat yg paling indah dalam dunia"

"tak payah. kau dah cukup indah untuk aku. duduk saja dengan kau, aku dapat indahnya"

cinta mereka tiada siapa bisa halang. utuh sungguh. Isa hebat dapat Seri. Seri indah ada Isa. mereka sempurna. susah payah, diharungi bersama. bila Seri rebah, Isa hulur tangan. bila Isa goyah, Seri bagi panduan. mereka hidup dalam dunia mereka walaupun dikelilingi dengan bangsat dunia. asalkan mereka ada untuk diri masing-masing, maka semua masalah dapat ditewaskan. cinta buat mereka kuat sampai bila-bila.

"kenapa kau tak nak lepas sapu tangan tu Seri?"

"sebab ini Isa suruh aku simpan"
"dia jahit nama aku dengannya di sini"

aku tatap sapu tangan yang agak lusuh dek masa. manakan tidak dibasuh dicuci. hanya dipegang dan dicium oleh Seri. ya, ada terukir nama Isa & Seri di bahagian bawah sapu tangan tu. dalam diam, kemanisan Isa nampak di situ. patutlah Seri bilang dia indah. kuatnya cinta kau pada Seri sampaikan Seri sanggup bertahan sampai sekarang. bagai tiada apa yg dapat menghalang cinta mereka.

Seri batuk batuk. kali ni sampai keluar darah. makin lesu mukanya. dah macam mayat hidup yang hanya membilang masa untuk mati. dia batuk lagi. ah, peritnya.

"kau jangan tinggal aku sayang"

"siapa cakap? aku kan dah kena penjara seumur hidup dalam hati kau." tawa Seri kuat. terserlah keayuaanya.

"banyak lah kau punya penjara"

"betul lah, kau nak orang ikat jamin?"

"siapa berani aku hukum gantung sampai mati"

tawa mereka semakin bingit. tangan mereka bersatu. ketatnya.

"aku pon suka masuk penjara hati kau ni"

"cinta kau"

"cinta kau lebih banyak lagi"

cinta telah menyatukan dua remaja yg hidupnya gelap. cinta juga yg membelot mereka. pisahkan dua jiwa kepada jarak yg jauhnya tak terkira.

hai, aku Haris. di sini aku menceritakan kisah cinta Isa & Seri. kami kawan rapat setelah bertembung di hospital dua bulan lepas. banyak tentang Isa diluahkan pada aku. kagum aku pada kau ; Isa. aku agak aneh kerana sapu tangan lusuh itu yg asyik dikendong. tak dilepaskan walaupun ke kamar mandi. aneh. tapi, aku mengerti selepas cerita Isa diceritakan. segala kisah cinta telah aku buku kan dalam hati. dalam diam, cemburu ini terbit. pelik.

"Haris, kau baik. terima kasih jaga aku"

"tak da hal lah. kata membe."

"kau lebih dari membe"

"aku apa?"

"abang"

Seri diam. diam, untuk selamanya. aku bersila di sisi arwah selepas aku labuhkan jasadnya ke dalam bumi. pergi lah Seri. kau dah cukup tenat. pergi jumpa Isa kau di sana. jangan takot lagi. aku Haris. pencerita, pecinta yg tak tercinta. tamat.


Mari sayang. Kita pergi dari sini. Kita kabur dari berita semalam. Kita bingar jangan hiraukan sahut mereka. ini cerita kita ya sayang ? pegang tangan aku. aku tak akan kasi kau jatuh, lepaskan pegangan itu sekali pun aku tak akan. Sungguh. Aku janji. Mari sayang. Jangan peduli kata mereka. mereka iri,mari lari.

2:48AM , June17