25.6.10

DWELL IN PASSION.


bila kala orang cakap cinta itu syurga. aku tepiskan dengan riak.
kau tak tahu kah syurga itu sangat indah, tak mungkin cinta itu indah.


dia ketawa pada aku. sinis tawanya.

aku hanya menantikan penjelasannya yg seterusnya.


kau ni lurus. tak faham erti syurga di sini.
cuba kau buka minda.
buka juga hati kau yg gelap itu.

cuba tenung pada cahaya sana.

cinta itu indah pabila dua hati bersama. cantiknya, Subhanallah.


dua hati bertaut bagai tiada apa yg akan pisahkan mereka.

hey, aku bukan pujangga lah bodoh. aku manusia biasa.


aku juga bukan pendeta cinta, tapi aku cakap guna hati.

kerna, aku pencinta yang bercinta.
bukan mcm kau, pendusta tentang cinta.
aku bercinta dengan cinta yang indah. sungguh, tiada kata dapat di lafazkan supaya sinonim dengan degupan cinta ini. wahai, anak Adam yg jahil. jangan lah kau salah anggap. cinta manusia lain daripada cinta pada Pencipta. cinta agung itu tak akan lenyap mahupun berkurang pabila aku cinta pada manusia.