14.6.10

CINTA MATI.

dear my wifey,
maafkan abang tak dapat terus untuk menjadi suamimu sampai akhir hayatmu. maafkan abang kerana pergi sebelum sempat ulang tahun perkahwinan kita yang ke 12. sayang, jangan awak bersedih atas pemergian saya ini. saya ada sedia kan sesuatu untuk awak. esok, awk pergi ke kedai Maria's ye.

air mata tak dapat di tahan oleh sang isteri yang rindu akan suaminya. air mata rindu.

sayang, terima kasih selama saya hidup awak menjadi seorang isteri yang sempurna. makan minum saya awak jaga sepenuhnya. sakit demam saya awak doktornya. bahagia saya Tuhan yang tahu.

bagai terobek hati Ana membacanya. kenapa awak yang perlu pergi dahulu. kenapa awak yang perlu tinggalkan saya. Ana menangis lagi. kali ini dengan esakkan sekali.

maafkan saya tak dapat jadi suami yang terbaik untuk awak. tak dapat nak penuhi impian awak untuk honeymoon ke Paris. maafkan saya sayang. akhir sekali, take a very super good care of yourself. moga awak dapat seseorang yang dapat bahagiakan awak Ana.

always love you,
Izzat.

basah surat arwah sang suami Ana. teresak-esak. baru malam ni dia terjumpa surat itu. ada terselit di dalam diarinya. sudah lama dia tak menulis diari. tiba-tiba malam ni tergerak hati untuk membelek diari usangnya itu. bagai nak tercabut jantungnya melihat sampul surat pink lembut. ada tercatat namanya di situ. kenal sangat dengan tulisan Izzat.

dgn haruman lilin lavender membawa Ana layari malam seorang diri. tiada lagi pelukan hangat sang suami. tiada lagi kata-kata manja Izzat. Ana hanya diam. diam dan menangis. penat menangis Ana baring. Ana pelok bantal dakap.

"bang, Ana nak bantal ni. tak aci la asyik abang je yg dapat" rengek Ana manja.

Izzat senyum. "wahai isteri, rengekkanmu ini akan ku rindu nanti". saja dia buat-muka-tak-tahu. suka isterinya manja begitu.

"Ana, ana ni cantik lah" segaris senyuman manis untuk Ana.

Ana menangis lagi. tak sanggup di putar balik masa. tak sanggup nak hadapi hari esok tanpa Izzat. bantal dakap itu di pelok sekuat yg mungkin.

"mana mungkin lelaki lain dapat lawan abang" Ana bersumpah.

matanya di pejam. penat menangis. lilin sedang membakar diri sendiri menjadi saksi sumpah yg di ikrarkan Ana tadi. Ana rindu suaminya. Ana seorang. Ana ..

4.50 AM , June14