18.6.10

CINTA ITU TAK KENAL ALZHEMIER.

"Sara.."
"kenapa aku asyik lupa-lupa ya sekarang?"

"kau penat sangat kot"

"tak ada lah. semalam aku lupa mana aku letak sigar aku. padahal aku dah habiskan"

"hmm. kita jumpa doktor jum?"

**

peluk lah diri ku dan jangan kau lepaskan ku
dan jangan kau lepaskan ku dari mu.
ku takkan pernah tertawa,
ku takkan pernah bahagia,
ku takkan pernah merasakannya bila kau tak disisi

"Ryan.." lembut sapaanya.

"yes honeybee" senyuman terukir untuk kekasih hatinya.

"don't forget our love story please.." rayu Sara. sedihnya dengar dek Ryan.

jawapan tak diberikan pada Sara. malah soalan pula di utarakan. "kau boley tolong aku tak?"

"apa dia?" Sara keliru.

"tolong pegang hati dan jiwa aku selama aku 'pergi'"

"pinky swear!" bersungguh-sungguh si Sara berjanji.

satu hari. di hospital besar. Sara menanti dengan penuh sabar. Ryan di dalam emergency room. pembendahan untuk penyakitnya. Alzhemier yg merogol kehidupan Ryan semakin teruk. perlu dilakukan pembedahan segera. tapi, risikonya ; 55% daripada ingatannya akan hilang. kemungkinan dalam jangka masa panjang.

pada mula, Ryan binggung. sesat. risikonya terlalu tinggi. mana mungkin dia mahu hilang Sara. tak akan mungkin. Ryan benar-benar buntu. tapi di pujuk Sara. baiknya hati cintanya itu. Ryan tekad, Sara akan jadi miliknya. selama-lamanya.

"jangan risau Ryan. lepas kau sembuh dari operation ni, orang yang pertama kau akan lihat. aku, Sara. kau pasti akan ingat aku. janji, aku tak pergi jauh dari kau"

"i love you sayang. aku tinggalkan hati aku pada kau ya Sara. aku akan pulang. tunggu ya."

usai segala pembedahan, Ryan koma. 3 hari. Sara peneman setia. siang malam hanya di sisi Ryan. bangun bangun saja Ryan terpandang Sara yg tengah lena tidurnya di sofa sana. siapa dia?

Sara terbangun akibat dari gelas yg mahu di capai oleh Ryan terjatuh. Sara bingkas bangun dan terus menapak pada Ryan. Sara senyum. syukur Ryan dah sedar.

"siapa kau?"

"aku Sara, Ryan"

"do i know you? pergi! asal ada dalam bilik aku? salah bilik barangkali kau ni!" marah Ryan. bengisnya.

Sara sentap. manik-manik kaca mula menitik. membasahi kulit kuning langsat Sara. teganya Ryan bicara begitu. dia dah lupa aku.

"tak payah lah nak menangis kat sini. aku tak kenal kau lah"
"berambus!" bergema di bilik sakit itu. garangnya Ryan.

sebaik perkataan berambus itu keluar dari mulut Ryan, Sara pergi. pergi, dan benar benar pergi. tapi, hati jiwa Ryan masih di pegang erat olehnya. di simpan seelok eloknya agar tidak berhabuk. mungkin hari mendatang Ryan akan kembali. ya, Sara percaya itu. Sara, Sara pegang janji Ryan.

**

6 tahun kemudian,

pintu rumah Sara diketuk. bertalu-talu. naik hairan Sara. siapa dan mahu apa pagi pagi buta ketuk pintu rumah orang bagai nak roboh jadinya. Sara segera mendapatkannya. hish. gerutunya sendiri.

"kau simpan hati jiwa aku lagi sayang?"

kan. Ryan pulang. sudah Sara bilang, Ryan pasti pulang. yang di namakan cinta sejati itu tak akan lolos dari cinta sejati.

"hati kau selamat dengan aku"

2:48AM , June18