28.5.10

INI COOL NI

tanpa planning kita contact semula
tak tahu tujuan atau sebab apa
dengan intention untuk suka suka
tak expect at last kau betul betul suka.

aku ketawa kau ikut ketawa
aku nangis kau nak busybody juga
sumpah kau tak tahu malu punya muka
tapi tak kisah lah- as long as i gembira.

aku anggap kau macam abang sahaja
buat buat tak tahu umur kau 2 tahun lagi tua
bila kau dapat tahu kau kemain kecewa
aku tak tahu so tak boleh buat apa.

satu hari ada sorang mamat ni gedik gila
tapi aku lupa kenapa aku boleh suka
satu malam tu aku rasa happy dengan dia
tup tup terus couple esoknya!

masa tu baru kau nangis macam nak gila
terus luahkan apa kau rasa sebenarnya
mintak sorry lah i cant do whatever
that can make me and him over.

masa tu memang rasa macam sayang dia
tak lupa sayang kat kau juga
sebab walau aku dah berpunya
kau langsung tak pernah putus asa.

perasaan tiba tiba jadi huru hara
banyak sangat skandal dalam kepala
dengan semua aku rasa bahagia
kau geram so kau ajak jumpa.

first time kita bertentang mata
sorry lah tarikh dia aku dah lupa
tapi that day sumpah bermakna
sebab kau berjaya buat hati aku transfer.

sejak tu mula putik rasa cinta
jap jap. aku rasa geli pula
tapi demi kau wahai kanda
ah! tak boleh rasa geli juga.

at that time aku dalam dilema
kau atau dia kau atau dia kau atau dia
punyalah aku fikir macam mana
at last aku pilih kau juga!

to celebrate kita jumpa kali kedua
kau senyum kemain suka
kita bahagia sampai date kali kelima
masa tu kau dah macam segalanya.

mungkin sebab penat setia
kau berubah kejap jadi derhaka
oleh sebab pada kau aku macam siapa je
so aku diam even hati gila membara.

menangis untuk kau tak payah nak kira
aku sendiri tak tahu berapa
dalam bercinta mana boleh tak ada duka
so yeah aku hanya terima.

hubungan kita okay semula
tapi tetap ada naik turunnya
dalam hati aku selalu teka teka
yang kau mungkin bukan orangnya.

cuba kau imbas kembali masa silam kita
garam tak ada tapi penuh dengan gula
itu yang buat aku bangun semula
dan yakin sangat kau orangnya.

dude aku tak tahu lah kenapa
dengan kau sorang je aku rasa bahagia
kau memang sangat berbeza
diorang bagi edward cullen pun aku taknak punya!

macam macam hati aku tanya
adakah relationship ini selamanya?
tapi selagi kau ada
aku akan hargai KITA setiap masa.

sekarang dah lama tak bersua
rindu sangat kau punya pandangan mata
dengan bual mesra dan gelak tawa
mati mati buat aku cair gila.

dah banyak perkataan aku ulang semula
kau tak bosan ke baca?
satu je aku lupa nak kata
ayat favourite kita, SELAMAT PAGI CINTA :')