8.5.10

hai blog! lama aku tak ke sini kan?


banyak yang aku nak cerita. tapi, panjanggg sangat. bukan panjang je, rumit pon ada. aku pon kacau bilau. tak faham dengan hidup ni. remeh, tapi bangsat. mana ada hidup senang kan? petik jari jadi je apa kau nak. tak de bhaii. tak mungkin ada. tambah-tambah kalau bab yang memang aku tak arif. aku memang loser dalam bab hati dan perasaan. cepat sangat kalah. bukan kau seorang saja manusia. sebab kau yang bagi aku kalah. kau yang buat aku rapuh. aku sentiasa nak kuat, tiba-tiba kau muncul. aku dengan kau. siapa yang akan menang? tak payah nak cakap lagi lah kan. kau pun tahu. aku pun tahu.


aku tahu, hidup ni ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. mungkin Tuhan nak uji aku. yea, sebab Tuhan sayang aku. ujiannya pun besar. makin besar ujian, makin sayang Tuhan pada aku, makin kuat cinta aku pada Tuhan. berkait bukan? hmm. aku penat mengeluh. dah tak tahu apa erti mengeluh. aku dah penat menangis. dah tak tahu apa sebab aku menangis. kau, yea. kau lah. aku cakap dengan kau ni. nak saja aku merayu, tapi mana maruah aku bukan? aku biarkan ini terjadi, berharap masa depan akan cerah. yeah. itu harapan dan doa aku.


kau juga ada hati dan perasaan macam aku. harap kau faham apa yang aku rasa. aku harap kau buka mata,minda. tengok aku ni, aku tak kuat. aku tak ada kekuatan yang luar biasa malahan biasa. aku tak kuat. dah banyak kali aku khabarkan, aku tak kuat. aku tak kuat. T______T

cuba lah kau faham, jangan kacau hidup aku lagi. cukup lah sampai sini.

;aku dah penat nangis, tapi itu yg aku selalu buat.